Default – Above Header Ads

Bitcoin Mungkin Telah Masuk Pasaran Bull 2-3 Tahun Kini, Menurut CEO Morgan Creek

Bitcoin mungkin memasuki pasaran bull dua atau tiga tahun kini, menurut Anthony Pompliano, CEO Morgan Creek Digital.

Semasa temubual dengan CNBC pada 14 Mei 2019, Pompliano menekankan bahawa kedua-dua Bitcoin ataupun dollar tidak terikat dengan apa-apa. Sementara itu, pemandu nilai semua ekuiti dan aset lain terikat dengan sesuatu, contohnya pendapatan, GDP, kadar faedah dan sebagainya.

Namun begitu, ramai yang tidak menganggap US Dollar tidak terikat seperti matawang kripto paling popular dunia. Contonya, pengguna Twitter Charles Brun berkata,

“Jangan jadi delusi di sini. USD terikat kepada kerajaan AS dan semua kekuatan ketenteraan dan ekonominya.”

Dan pengguna Reddit eyeI0 bertanya, “Adakah USD akan terus dinilai sebagai matawang simpanan dunia jika anda tidak boleh membayar cukai dalam USD?”

Dalam temubual CNBC yang sama, Pompliano menasihati pelabur untuk bertaruh atas BTC dan memasukkannya ke dalam portfolio mereka kerana “Bitcoin adalah aset pulangan asimetrik yang tiada korelasi.”

Pompliano juga mengatakan bahawa bull sudah kembali ke pasaran. Bursa pertukaran Bitcoin sudah pun melihat jumlah perdagangan all-time high, dengan futures mencecah USD$1.2 bilion. Sementara itu, kedua-dua pelabur biasa dan institusi kewangan seperti Fidelity, sudah berpindah semula ke pasaran kripto.

Tambahan lagi, perang perdagangan AS-China juga membantu menaikkan nilai Bitcoin dan menunjukkan ciri-ciri yang wujud dalam Bitcoin sebagai matawang selamat.

Sebagai hasil, Pompliano berkata,

“Kita telah jatuh ke lantai pasaran bear, dan kini kita telah memasuki pasaran bull ini. Ia tidak akan mengejutkan saya jika kita memasuki pasaran bull dua hingga tiga tahun kini.”

Sumber:

https://bitcoinist.com/bitcoin-two-three-year-bull-market-pompliano/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.