Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

MakerDAO Akhirnya Meluluskan Pengurangan Fi DAI selepas Perbincangan 11-Hari

Setelah hampir dua minggu berterusan mengundi, pemegang token MakerDAO akhirnya telah mengaktifkan pengurangan fi stablecoin DAI secara rasmi.

DAI adalah token berdasarkan Ethereum yang pada masa kini mengekalkan sandaran kepada US Dollar. Sejak kebelakangan ini, fi telah naik secara dramatik untuk pengguna untuk membuat pinjaman DAI dari sistem MakerDAO. Ini adalah kerana sejak awal Februari lagi nilai DAI dollar telah naik turun secara konsisten di bawah sasaran $1.000.

Bulan ini nilai DAI dollar telah stabil dan kini berdagang di bursa pertukaran utama di lebih kurang $1.00.

Pada masa kini, terdapat Ether lebih daripada $400 juta yang menyandarkan bekalan dalam lebih kurang 80 juta DAI. Ini menjadikan MakerDAOaplikasi kewangan desentralisasi yang paling popular dalam ruangan kripto kini, menurut DeFi Pulse.

Sepanjang dua minggu yang lalu, pemegang token MakerDAO berbincang sama ada untuk pengurangan fi pinjaman DAI – dipanggil Stability Fee – patut dilancarkan dalam sistem memandangkan penilaian dollar yang stabil. Usaha yang terakhir untuk mengurangkan fi berlaku pada penghujung Disember tahun lalu.

Pada awalnya, dua pemegang token mendominasi undian pentadbiran secara kolektif meletakkan 54,000 MKR menyokong pengurangan Stability Fee sebanyak 2 peratus. Keputusan itu disokong dalam pusingan kedua undian – dipanggil undian eksekutif – yang memerlukan pemegang token untuk mencecah tahap minima undi lebih daripada jumlah yang di stake dalam pusingan undian sebelumnya.

Undian terakhir yang berjaya dalam memulakan kenaikan dua peratus kepada Stability Fee dilancarkan ke dalam sistem dengan jumlah 35,221.95 MKR. Unidan eksekutif pada hari ini memulakan dua peratus pengurangan telah diaktifkan dengan jumlah 89,926.75 MKR.

Sumber:

https://www.coindesk.com/makerdao-approves-another-dai-fee-decrease-after-11-days-of-token-voting

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.