Default – Above Header Ads

Binance DEX akan Menghalang Pengguna dari 29 Negara, termasuk Amerika Syarikat

Bursa pertukaran desentralisasi Binance dilaporkan akan menghalang pengguna dari Amerika Syarikat dan 28 negara lain mulai Julai tahun ini, kerana pertimbangan kawal selia mengenai token yang boleh disenaraikan dalam platform itu. Ini bermakna mereka tidak boleh berdagang melalui binance.org.

Menurut TheBlock, Binance telah memberi amaran kepada penggunanya yang mengakses bursa pertukaran desentralisasi itu dari alamat IP yang berkaitan dengan negara yang terjejas – termasuk USA, Cuba dan Venezuela – mulai 1 Julai tidak akan dapat akses laman web itu.

Walaupun pengguna boleh mengatasi halangan itu menggunakan Virtual Private Network (VPN) dan alatan lain, dan juga wallet yang sudah menyokong perdagangan, kemungkinan besar kebanyakan pengguna tidak akan mengatasi halangan itu.

Laman berita kripto itu menyatakan bahawa Binance mungkin menghalang pengguna dari hampir 30 negara kerana kes di mana US SEC mendakwa pengasas bursa pertukaran kripto desentralisasi EtherDelta dengan menjalankan bursa sekurIti nasional tanpa pendaftaran.

Seperti yang sudah dilaporkan DEX Binance mempunyai proses penyenaraian “yang berdasarkan komuniti dan telus”. Walaupun ia tidak menambah setiap token yang dilancarkan di atas Binance Chain syarikat itu kemungkinan besar tidak boleh mengawal token sekurIti dalam bursa pertukaran itu. Matlamat Binance dengan proses penyenaraiannya adalah untuk memudahkan projek yang melepasi pemeriksaan orang ramai yang lebih besar, dan menyenaraikan 10x lebih token dari apa yang kini ada di binance.com.

Bursa pertukaran itu, yang dilancarkan awal tahun ini, sudahpun mempunyai jumlah perdagangan sebanyak $10 juta, walaupun kebanyakannya fokus kepada pasangan dagang ONE/BNB. Bursa pertukaran berpusat lain Seperti OKEx telah menjelaskan bahawa mereka juga melihat untuk melancarkan platform perdagangan desentralisasi, walaupun masih tidak diketahui sama ada mereka akan menghalang pengguna dari negara-negara spesifik.

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/06/binance-dex-to-block-users-from-29-countries-including-the-u-s/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads