Default – Above Header Ads

Laporan Baru Menilai Aplikasi Blockchain oleh Kerajaan Persekutuan AS

Organisasi penyelidikan Data Foundation dan firma IT Booz Allen Hamilton telah menerbitkan laporan dengan lima soalan yang dicadangkan sebagai panduan untuk kerajaan persekutuan AS tentang di mana dan bagaimana untuk implementasi inisiatif blockchain.

Penyelidikan mereka itu diterbitkan dalam laporan “Bringing Blockchain Into Government: A Path Forward for Creating Effective Federal Blockchain Initiatives” pada 10 Jun.

Menurut laporan itu, penyelesaian blockchain adalah yang terbaik apabila diimplementasi kepada prosedur dengan tahap konsisten dan kebolehan yang telah ditetapkan, dengan syarat lejar teragih yang dibekalkan oleh blockchain adalah bersesuaian untuk tugas itu.

Laporan itu menyenaraikan lima soalan tentang bagaimana organisasi persekutuan boleh membuat keputusan sama ada penyelesaian blockchain adalah sesuai:

“1. Adakah blockchain itu menawarkan kebaikan untuk keselamatan maklumat, kepercayaan, atau ketelusan?…2. Bolehkah blockchain diaplikasikan secara praktikal dan efisyen?…3. Apakah reka bentuk blockchain yang paling sesuai?…4. Adakah kos implementasi blockchain setimpal dengan kebaikannya?…5. Adakah aplikasi itu mematuhi peraturan kerahsiaan dan perkongsian data?”

Dalam memikirkan kriteria ini, kedua-dua organisasi tersebut melihat kepada tujuh kes di mana inisiatif blockchain di tahap persekutuan berjalan dengan lancar.

Laporan itu menyatakan bahawa terdapat beberapa inisiatif blockchain dalam pelbagai agensi seperti Food and Drug Administration (FDA), the Department of Health and Human Services, the Department of Treasury dan the Department of Defense, termasuk yang lain.

Laporan itu menyatakan bahawa program-program itu berada dalam beberapa tahap pembangunan dan pelaksanaan. Penyelidik menyimpulkan bahawa, “Sama ada blockchain akan membuktikan kejayaan dalam kerajaan masih belum boleh dilihat. Tetapi buat masa ini, mengimplementasi blockchain dalam program dan operasi kerajaan adalah pembangunan yang patut disambut dengan baik di mana sesuai.”

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph sebelum ini, FDA melancarkan program pilot menggunakan teknologi blockcahin sebagai penjejak rantaian bekalan untuk farmaseutikal pada bulan Februari. The Pilot Project Program Under the Drug Supply Chain Security Act fokus secara spesifik dalam menjejak ubat dan menghalang pemalsuan farma.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/new-report-reviews-blockchain-applications-by-us-federal-government

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.