Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Blockpass akan Membekalkan Pengesahan KYC untuk Platform IEO Baru Bitfinex

Blockpass, suatu protokol identiti blockchain telah mengumumkan bahawa ia akan membekalkan perkhidmatan pengesahan KYC dan AML untuk Ampleforth IEO yang bakal dijalankan di platform Tokinex.

Tokinex adalah platform Initial Exchange Offering (IEO) yang dilancarkan oleh syarikat induk, Bitfinex dan Ethfinex bulan yang lalu. Ia membolehkan pengguna menyertai penjualan token yang telah diluluskan dari pelbagai usaha dalam industri kripto. Platform itu telah direka bentuk untuk fokus kepada pengalaman pengguna untuk menjalankan proses sumbangan yang mudah dan boleh dipercayai.

Ampleforth adalah protokol aset digital unik untuk ‘smart commodity-money’. Ia menggunakan oracle yang boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat kadar pertukaran dan menjadikan ianya boleh didapati kepada pengguna unitnya dengan penambahan atau pengurangan relevan dalam token yang dipegang. Bekalan AMPL berubah mengikut price deviation dari sasaran USD1.

IEO it dijadualkan berjalan dari 13 hingga 19 Jun 2019, mensasarkan untuk mencecah USD4.9 juta.

Henry Child, Strategi Komersial di Tokinex dan Ethfinex berkata:

“Tokines bangga menjadi rakan kongsi Blockpass, ini menunjukkan komitmen kedua-dua platform  kepada privasi data dan pengalaman pengguna. Blockpass mengetuai jalan masuk ke pengesahan data dan kami teruja untuk melancarkan penyelesaian ini ke dalam ruangan IEO.”

Blockpass adalah platform Regtech yang membantu dalam pengesahan manusia (KYC), objek (KYO) dan peranti berhubung (KYD). Blockpass membolehkan pembangunan aplikasi baru yang bergantung kepada hubungan yang boleh dipercayai sesama entiti.

CEO Blockpass, Adam Vaziri berkata:

“Kelebihan menggunakan aplikasi Blockpass untuk pengesahan identiti semasa proses pendaftaran pengguna adalah betapa cepat dan mudahnya ia.”

Dia juga berkata:

“Bagi pengguna yang sudah mempunyai identiti Blockpass, mereka hanya perlu mengimbas kod QR dan klik “submit”, dan syarikat ini akan menerima semua dokumen mereka, yang sudah diluluskan. IEO ini adalah use case yang baik untuk platform kami, menyelesaikan kesukaran mendaftar di perkhidmatan baru ini, Tokinex.”

Sumber:

https://bitcoinnews.com/blockpass-to-provide-kyc-verification-for-bitfinexs-new-ieo-platform/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads