Bakkt Membuka Jalan untuk Pelabur Institusi Melabur dalam Bitcoin Musim Panas ini
Platform Bakkt yang dinanti-nantikan nampaknya bersedia untuk dilancarkan pada bulan Julai ini. Mereka disebalik projek itu dan ramai dalam ruangan aset kripto berharap bahawa penawaran tahap institusi akan menggalakkan pelabur dengan poket paling dalam untuk masuk ke dalam pasaran Bitcoin.
Bakkt merancang untuk menarik kelas pelabur paling kaya dengan membekalkan pelbagai ciri-ciri yang menjadi kebiasaan institusi kewangan. Ini termasuk pencarian harga yang dikawal selia, penjagaan dan penguatkuasaan ketat peraturan kewangan sedia ada.
Bakkt telah menjadi topik hangat dalam perbualan mengenai Bitcoin dan aset kripto lain sejak ia pertama kali diumumkan pada tahun 2018. Syarikat itu dimiliki oleh Intercontinental Exchange (ICE) dan mereka juga adalah pemilik NYSE menjadikan ramai orang teruja dengan pelancaran itu.
Platform Bakkt sudahpun digendalakan beberapa kali. Namun begitu, melihat kepada skop matlamat yang ingin dicapai dan hakikat bahawa ianya perkhidmatan pertama Bitcoin jenis itu di atas muka bumi ini, tidak mengejutkan bahawa mereka disebalknya ingin memastikan mereka telah mengatasi semua halangan teknikal dan kawal selia sebelum melancarkannya ke dunia.
Dalam sidang media yang dikeluarkan pada 13 Jun di akaun Medium syarikat itu, Bakkt akhirnya mengumumkan tarikh permulaan ujian platform rasmi itu. Apa yang menarik, tarikh yang dipilih adalah dua hari selepas ulang tahun ke-50 Apollo 11 pada 22 Julai tahun ini – atau, hari manusia pertama kali mengembara ke bulan.
@Bakkt may be a "moonshot bet" but the market structure problems we're solving are real. User testing starts July 22nd – learn more here:https://t.co/AwJ6OgBdn5
— Adam White (@WhiteAdamL) June 13, 2019
Seperti yang dinyatakan secara jelas, Bakkt berharap usahanya untuk mencipta satu tempat perdagangan yang dikawal selia, penyelesaian penjagaan dan kaedah pencarian harga akan membantu menjadikan pasaran Bitcoin lebih menarik untuk kelas pelabur institusi.
Ramai penganalisa matawang digital lain telah menyatakan sebelum ini bahawa mereka merasa keadaan semasa pasaran tidak menguntungkan Bitcoin. Bakkt juga nampaknya mengambil langkah yang tepat untuk menyelesaikan isu ini dan dengan berbuat begitu akan menarik mereka yang mempunyai poket paling dalam ke dalam pasaran Bitcoin ini seterusnya menstabilkan status Bitcoin di mata dunia.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!