Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Impak Pelabur Institusi ke atas Larian Bull Bitcoin

Dalam laporan baru-baru ini, Nikolaos Panigirtzoglou, penganalisa JPMorgan mengulangi bahawa larian bull Bitcoin adalah kerana pengaruh daripada pelabur institusi.

Menurut laporan itu, Nikolaos Panigirtzoglou dalam dokumen menyatakan pelabur institusi adalah di sebalik larian bull. Menurutnya, kontrak futures Bitcoin adalah sangat penting, lebih daripada apa yang pasaran jangkakan. Selain itu, Bitcoin futures kurang dipamerkan ke hadapan kerana jumlah perdagangan Bitcoin yang overstated dalam bursa pertukaran kripto.

Namun begitu, fakta daripada Bitwise dan Blockchain Transparency Institute (BTI) yang menunjukkan bahawa peratusan besar jumlah perdagangan yang direkod oleh bursa pertukaran kripto kemungkinan besar palsu membawa kepada gambaran bullish tentang Bitcoin futures.

Oleh sebab itu, ahli strategi JPMorgan menyatakan bahawa jika 5 peratus daripada jumlah perdagangan yang dilaporkan untuk Bitcoin pada bulan bernilai $725 bilion adalah benar, jumlah perdagangan untuk bulan itu adalah $36 juta.

Panigirtzoglou membandingkan angka itu kepada Bitcoin futures dan menemui bahawa jumlah perdagangan di kontrak futures CBOE dan CME pada bulan Mei naik kepada $12 bilion. Hasil itu berbeza dari angka bulan April iaitu $5.5 bilion dan jumlah purata bulanan $1.8 bilion pada suku tahun pertama 2019.

Menurut Panigirtzoglou:

“Laporan berlebihan jumlah perdagangan bursa pertukaran matawang kripto, dan melalui implikasinya pengurangan kepentingan futures yang disenaraikan, mencadangkan bahawa struktur pasaran telah berubah secara signifikan dari kenaikan harga Bitcoin sebelum ini pada penghujung tahun 2017 dengan lebih banyak pengaruh dari pelabur institusi.”

Apa yang menarik adalah komen terbaru penganalisa itu berbeza dari pendapatnya di masa lalu. Dalam satu lagi laporan pada 17 Mei, dia menjelaskan bagaimana nilai intrinsik Bitcoin ditentukan melalui kos perlombongan atau kos pengeluaran dan menambah bahawa Bitcoin berdagang di atas nilai intrinsiknya bermula Mei.

Banyak lagi komen dari laporan itu menunjukkan perbandingan antara kenaikan Bitcoin pada bulan Mei dengan semasa penghujung 2017 di mana Bitcoin naik kepada $19,000 sebelum jatuh. Ia kemudiannya dijangkakan bahawa seperti 2017, nilai aset virtual itu akan jatuh walaupun ia tidak berbuat demikian dan mengakhiri Mei pada harga $8,543.

Sumber:

https://zycrypto.com/jpmorgan-analysts-institutional-investors-are-behind-bitcoins-current-bull-run/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads