Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

FDA AS Memanggil untuk Blockchain Mengesahkan Ubat Preskripsi

Korporat runcit multinasional Amerika Syarikat Walmart Inc telah mengumumkan bahawa ia akan mengembangkan sektor teknologinya dengan membangunkan blockchain proof-of-concept untuk mengenal pasti dan menjejak ubat preskripsi.

Bekerja dengan Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat, IBM, Merck dan KPMG, gergasi runcit itu akan menyertai pilot yang bertujuan untuk menambah baik penjejakan dan pengesahan ubat preskripsi, untuk memastikan rantaian bekalan kekal bebas dari ubat palsu.

Langkah oleh Walmart adalah respon kepada kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya FDA Scott Gottlieb pada bulan Februari tahun ini apabila dia memanggil pengemukaan dari syarikat untuk menyertai DSCSA Pilot Project Program. Dia memberi komen pada waktu itu:

“Menggunakan inovasi baru, kami percaya kami akan menambah baik keseluruhan keselamatan sistem tertutup kami dan menambah baik kebolehan kami untuk menghalang pengenalan produk haram dan membolehkan pemegang kepentingan dan FDA untuk respon lebih cepat apabila produk seperti itu dijumpai.”

Pada bulan Jun, Merck, Walmart, KPMG dan IBM menyahut seruan itu dan bersetuju untuk berkerjasama ke atas percubaan FDA menggunakan teknologi Blockchain. Apabila salah satu daripada syarikat farmaseutikal terbesar di dunia, Merck, ditanya mengapa mereka bersetuju menyertai program pilot mereka memberi respon bahawa:

“Rangkaian blockchain permissioned mempunyai potensi untuk mencipta ketelusan yang lebih baik, mengurangkan masa yang diperlukan untuk menjejak inventori, membantu mengenal pasti integriti produk (seperti sama ada mereka disimpan di suhu yang betul), menghalang dan menghapuskan ubat palsu, dan macam-macam lagi.”

Sumber:

https://bitcoinnews.com/us-fda-calls-for-blockchain-for-authentication-of-prescription-drugs/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.