Default – Above Header Ads

Pendirian Anti-Kripto India Menaikkan Nilai Perdagangan Bitcoin di Negara itu

Bursa pertukaran India sudah lama tidak boleh beroperasi dengan matawang tempatan, dan bank telah menyekat semua operasi untuk pembelian aset digital. Malah laman web seperti LocalBitcoins yang membolehkan perdagangan peer-to-peer juga telah disekat dan propaganda media terhadap matawang kripto semakin berleluasa.

Walaupun begitu, matawang kripto masih lagi haram di India dan perhatian negara itu terhadap kripto semakin bertambah sejak beberapa bulan yang lalu.

Malah, tindakan kerajaan mempunyai kesan berlawanan dengan apa yang dijangka; buat masa ini Bitcoin didagangkan pada harga premium sebanyak $500 di bitbns, salah satu bursa pertukaran terbesar India. Menurut data bitbns di CoinMarketCap, pada 23 Jun, 1 BTC berharga $10,759.05 untuk pasangan BTC/USDT manakala untuk pasangan BTC/INR adalah $11,298.25.

Kerajaan itu bukan sahaja menghalang pembelian dan penjualan aset kripto, tetapi juga membuatkan akses kepada maklumat online sukar. Laman web seperti Reddit dan Telegram telah dihalang untuk tempoh berkala oleh ISP, menunjukkan kekuatan dan kawalan yang kerajaan India boleh, dan akan gunakan. Malah untuk akses akaun PayPal pun sudah menjadi satu cabaran menurut laporan yang menerangkan bahawa Citibank India telah menyekat pembayaran PayPal.

Situasi itu datang daripada masalah ekonomi yang semakin bertambah di India. Nilai INR semakin lama semakin jatuh berbanding dolar dan matawang nasional besar lain.

Kerajaan itu telah meningkatkan kadar bunga untuk mengelak daripada kejatuhan nilai yang lebih teruk. Hakikatnya kadar bunga yang tinggi mendedahkan bahawa kerajaan tidak mampu membayar hutangnya dan juga menambah lagi bekalan wang menjadikan nilai matawang lebih rendah. Untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi, India sepatutnya menambah jumlah eksport, untuk menambah permintaan terhadap matawang negara itu.

Secara amnya, nilai matawang fiat bergantung kepada tahap hutang kerajaan dan kemungkinan ia dibayar ditambah dengan jumlah permintaan terhadap matawang itu. India boleh mengeskploitasi kedudukannya sebagai negara yang tidak mahal untuk membangunkan hab teknologi, menarik pelabur dan startup yang ingin bekerja dalam sektor Blockchain.

Namun begitu, dengan menggunakna kawalan kapital dan tindasan kewangan, kerajaan menolak rakyat negara itu untuk menggunakan Bitcoin sebagai kemudahan untuk tidak mahu melihat simpanan mereka terjejas oleh inflasi.

Sumber:

https://btcmanager.com/indias-anti-crypto-stance-is-boosting-its-bitcoin-trading-value/?q=/indias-anti-crypto-stance-is-boosting-its-bitcoin-trading-value/&

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.