Default – Above Header Ads

Peristiwa Halving Bitcoin Boleh Menolak Harga BTC Lebih Tinggi, Menurut Penganalisa

Vijay Boyapati, seorang penganalisa Bitcoin yang popular, baru-baru ini menerbitkan bebenang Twitter yang mendalam tentang impak ganjaran blok Bitcoin dibahagikan – yang kini kurang daripada setahun.

Dalam satu siri tweet, Boyapati menjelaskan bagaimana peristiwa halving BTC “berinteraksi dengan kitaran hype yang berulang” matawang kripto itu. Bekas jurutera software di Google itu mempersoalkan bagaimana pasaran bull kripto boleh dipengaruhi oleh kitaran hype Bitcoin, pada masa juga menyatakan apa yang boleh dipelajari daripada peristiwa halving ganjaran perlombongan Bitcoin sebelum ini.

Menurut Boyapati, pelombong kripto sebenarnya menjalankan perniagaan “marginal” kerana kebanyakkan mereka menjual Bitcoin yang dilombong untuk menampung kos operasi. Protokol Bitcoin mengeluarkan Bitcoin baru dalam tempoh masa setiap 10 minit.

Apabila pelombong menjual Bitcoin mereka, harga kripto akan dipengaruhi dengan “tekanan menurun yang berterusan”, menurut Boyapati. Dia menambah bahawa “tanpa wang baru” memasuki pasaran aset digital, harga Bitcoin akan jatuh dengan mendadak. Menurut pengiraannya”

“Pada harga Bitcoin bernilai $10,000, $14 juta dolar perlu masuk ke dalam pasaran Bitcoin untuk mengimbangi tekanan penjualan menurun.”

Dia menambah: “Semasa pasaran bull matawang kripto, permintaan jauh melangkaui tekanan jualan pelombong, tetapi akhirnya kitaran itu berakhir dan tekanan jualan pelombong ditambah lagi dengan penjualan panik pelabur.”

Apabila tekanan penjualan berakhir, kitaran pasaran “mencecah penyerahan (capitulation)”, menurut Boyapati lagi. Dia juga menyatakan bahawa tekanan menurun itu, yang menyebabkan penjualan pelombong, kemudiannya “diimbangkan” dengan tekanan menaik oleh pelabur yang tidak mahu menjual. Kumpulan pemegang Bitcoin ini (atau “HODLers”) menganggap BTC sebagai tempat penyimpanan nilai. Kerana aktiviti pasaran seperti ini, harga Bitcoin akan mencecah “dataran mendatar yang stabil”.

Boyapati juga berkata:

“Sementara bekalan dan permintaan adalah seimbang semasa di dataran itu, halving Bitcoin mengganggu ekuilibrium dengan pembahagian tekanan menjual kepada dua.”

Selepas peristiwa halving BTC, yang secara efektif mengurangkan bekalan harian Bitcoin baru kepada separuh daripada kadar sebelumnya, Boyapati percaya bahawa:

“Permintaan ekuilibrium HODLers kini melebihi bekalan penjualan pelombong, menjadikan harga Bitcoin bergerak ke atas.”

Dia menjelaskan bahawa pergerakan harga Bitcoin ke atas akan mula “menyuap” diri sendiri dan hasilnya adalah larian bull pasaran kripto seterusnya. Ia juga masa ini di mana pelabur memasuki ekosistem aset digital, menurut Boyapati.

“Sebelum ini, pasaran Bitcoin memulakan pergerakan ke atas dalam setahun sebelum halving, dan dalam setahun selepas halving menuju ke arah parabolik. Tetapi pasaran menjangka itu, jadi ia mungkin berlaku lebih cepat kali ini…nampaknya…halving Bitcoin adalah kunci penggerak asas pengewangan Bitcoin.”

Sumber:

https://www.cryptoglobe.com/latest/2019/06/upcoming-bitcoin-halving-event-could-drive-btc-price-even-higher-analyst-explains/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads