Imej ini Menyembunyikan $70,000 dalam Bitcoin, Bolehkah Anda Mencarinya?
Satoshi’s Treasure bermula pada bulan April 2019 dan menyediakan pencarian harta karun online yang unik di mana pengguna perlu mencari bahagian-bahagian private key untuk mendapat akses kepada wallet yang menyimpan satu juta dollar dalam Bitcoin. Pada 25 Jun 2019, laman web itu melancarkan klu ke-15 yang menyembunyikan tiga private key dalamnya dan peluang untuk memenangi $70,000 dalam Bitcoin.
Inisiatif ini dibangunkan oleh Primitive Ventures dan diketuai oleh pengasasnya Eric Meltzer, pencarian harta karun itu menawarkan mereka yang berminat peluang untuk memenangi satu juta dollar dalam BTC. Permainan itu dipanggil Satoshi’s Treasure sempena nama pencipta Bitcoin Satoshi Nakamoto.
Klu pertama dikeluarkan pada 16 April 2019, dan telah mengambil perhatian lebih 6,000 peserta yang teruja untuk mencuba mencari harta karun itu.
Satoshi’s Treasure adalah permainan “alternative reality” di mana matlamatnya adalah untuk menyelesaikan private key untuk akses wallet yang memegang Bitcoin bernilai satu juta dollar. Pencarian harta karun itu direka bentuk untuk dimain dalam kumpulan, di mana kolaborasi adalah strategi terbaik untuk menyelesaikan pelbagai permainan dan teka-teki matematik.
Private key bernilai satu juta dollar itu telah dibahagikan kepada 1,000 bahagian dan untuk mendapat akses kepada hadiah itu seseorang perlu mengumpulkan sekurang-kurangnya 400 bahagian. Antara strategi yang boleh digunakan juga adalah kemungkinan menjual apa sahaja klu yang berjaya dijumpai.
Klu selalunya dikeluarkan melalui platform Internet yang berbeza dan memerlukan tahap pengalaman yang banyak dalam kriptografi untuk menyelesaikannya. Namun begitu, pencipta permainan itu menjadikan permainan itu boleh diakses oleh pengguna tanpa komputer dengan mencetak dan meletakkannya di lokasi di dunia sebenar.
Permainan itu Bermula pada 16 April 2019 dengan klu “Welcome, Hunters” dan pada 25 Jun 2019, klu kelima belas dikeluarkan. Sesiapa yang menyelesaikan teka-teki itu akan menerima tiga bahagian private key termasuk Bitcoin berjumlah 70 ribu dollar dalam Bitcoin sebagai hadiah.
Kunci itu dinamakan “The Zero-Knowledge Key” dan hanya boleh dibuka dengan menyelesaikan imej yang disediakan oleh laman web itu.
Termasuk dalam klu adalah cadangan yang menyatakan “Don’t be so SNARKy.” Cadangan ini boleh merujuk kepada matawang Zcash yang menggunakan teknologi itu, dikenali sebagai Zk-Snarks, untuk memastikan privasi dalam transaksinya.
Pada masa sama, kunci “Yoga Flame” telah dikeluarkan untuk memuaskan hari pemain bukan kriptografi. Klu itu menunjukkan koordinat geografi dan masa khusus di mana seseorang perlu ke lokasi itu untuk mencari bahagian private key itu. Temu janji itu telah dijadualkan pada 1 PM (GMT +5.30) pada 27 Jun 2018 di Ira’s Tea House di bandar India Utara Rishikesh.
Buat masa ini, ketiga-tiga bahagian itu masih belum dijumpai, dan dalam klu yang terbaru yang dikeluarkan pada 1 Julai 2019 adalah satu kunci dan BTC berjumlah $1,000 yang diedarkan di sekitar Taipei.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!