Default – Above Header Ads

ETC Labs akan Membangunkan Penyelesaian Kebolehoperasian ETC-ETH

Inkubator yang beroperasi di San Francisco untuk blockchain Ethereum Classic, ETC Labs, telah mengumumkan ia akan bekerjasama dengan firma matawang kripto Metronome untuk mencipta penyelesaian untuk kebolehoperasian (interoperability) ETH/ETC, dalam terbitan blog rasmi pada 27 Jun.
Menurut pengumuman itu, kebolehoperasian blockchain – juga dirujuk sebagai “chainhopping” – adalah satu ciri aset blockchain bermakna ia boleh dipindahkan antara dua blockchain yang berbeza. Dalam kes ini, matawang kripto Metronome (MET) akan boleh dipindahkan antara blockchain ETC dan ETH.

Blockchain ETH dan ETC berpisah pada pertengahan tahun 2016 selepas undian yang berpecah belah berkenaan pengembalian wang yang hilang semasa kejatuhan DAO pada tahun 2016.

Menurut pengumuman itu, MET adalah matawang kripto pertama untuk mempunyai ciri kebolehoperasian blockchain. Laman web Metronome juga membuat dakwaan ini dan menjelaskan perancangan lanjut untuk kebolehoperasian, berkata:

“Sebagai matawang kripto pertama yang berkebolehan untuk dieksport dan diimport dari satu rangkaian ke rangkaian yang lain, Metronome akan pada awal diedarkan di atas Ethereum dengan Ethereum Classic, Rootstock di Bitcoin, dan sokongan Qtum dijangka akan mengikutnya. Ini akan
membolehkan pengguna memilih blockchain yang memenuhi keperluan mereka untuk pengurusan dan keselamatan, atau menaiktaraf kontrak MET jika perlu.”

Satu lagi aspek kerjasama itu, seperti yang dinyatakan dalam pengumuman, adalah bahawa ETC Labs akan memberi sokongan kepada Validator Network Metronome, satu set yang melibatkan sekurang-kurangnya 5 pengesah off-chain yang desentralisasi yang akan mengesahkan transaksi Metronome. Dengan berbuat begitu, rangkaian ini dilaporkan akan memastikan transaksi Metronome boleh dipercayai dan selamat, dan tidak terdedah kepada serangan double-spend.

Sumber:
https://cointelegraph.com/news/etc-labs-unveils-etc-eth-interoperability-solution-backed-by- metronome

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.