Bitcoin adalah ‘Matawang Orang Ramai’ dan Libra Facebook ‘Matawang Korporat’, Menurut Joe Kernen dari CNBC
Joe Kernen, bekas broker saham dan juruacara di rancangan “Squawk Box” CNBC, telah menyatakan bahawa matawang fiat adalah “matawang untuk kerajaan” dan Libra Facebook adalah “matawang untuk korporat.”
Kernen, graduan biologi dari Universtiy of Colorado, percaya bahawa Bitcoin adalah satu-satunya matawang yang direka bentuk khas “untuk orang ramai.” Memberi komen kepada projek matawang kripto Facebook, Kernen berkata:
“Inisiatif Libra Coin Facebook nampak seperti semuanya tentang wang. Dan, siapa yang memberi kuasa kepada Facebook untuk memberi matawang kepada seluruh dunia? Ia hanya laman media sosial.”
Dia juga mempersoalkan niat dan rancangan gergasi media sosial itu dengan berkata:
“Mengapa mereka perlu menjadi entiti yang menetapkan bagaimana matawang digital berfungsi? Siapa yang melantik mereka? Daripada semua entiti untuk dilantik, mengapa Facebook dengan masa silam bermasalah mereka?…Mereka adalah pilihan terakhir saya.”
Michael Brendan Dougherty, Senior Editor di National Review Online, mengkritik kerajaan dunia kerana tidak mengambil pendirian yang lebih teguh terhadap projek Libra Facebook. Dougherty percaya Libra Coin berpotensi memberi ancaman kepada USD, matawang paling dominan di dunia.
Dougherty, yang memberi komen dalam episod The Editors (podcast yang dianjurkan oleh National Review), juga menyebut tentang masalah serius berkaitan syarikat media sosial. Podcast itu meliputi pelbagai isu sensitif seperti firma gergasi seperti Facebook diminta memberi bukti bahawa polisi pembuangan kandungan dan promosi mereka adalah “neutral dari segi politik”.
Memberi sokongan kepada kerajaan Amerika Syarikat, Dougherty menjelaskan ancaman yang dibawa oleh Libra kepada ekonomi AS:
“Respon yang sepatutnya diberikan kerajaan AS kepada agensi pengintipan yang amat besar yang akan melancarkan matawang kripto yang ingin bersaing dengan USD, adalah menghancurkannya.”
Joseph Lubin, pengasas ConsenSys baru-baru ini berkata bahawa Libra Facebook adalah “serigala berpusat yang bersembunyi di sebalik biri-biri desentralisasi.”
Walaupun Lubin mengiktiraf bahawa Facebook mungkin membawa masuk pembangun yang mahir untuk memastikan matawang kriptonya diimplementasi dengan betul, dia mempersoalkan sama ada gergasi media sosial itu boleh dipercayai atau tidak:
“Bukankah saya perlu mempercayai Facebook dan pengantara lain untuk mempercayai Libra?”
Lubin juga menyatakan kebimbangannya tentang privasi kewangan pengguna, kerana terdapat pelbagai laporan mengesahkan Facebook mendapat keuntungan melalui penjualan data peribadi penggunanya. Lubin berkata:
“Apa akan terjadi jika anda melibatkan kewangan peribadi anda dalam ini juga? Bahawa identiti digital kita tidak akan digabungkan dalam data kewangan Libra adalah sukar diterima. Ia adalah sesuatu yang pasti, walaupun mereka mempunyai niat yang baik – sesuatu yang tidak sengaja boleh berlaku apabila bergantung kepada reka bentuk berpusat.”
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!