Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

UN Menggunakan Blockchain untuk Membantu Pembangunan Urban Mampan di Afghanistan

United Nations kini sedang membangunkan penyelesaian blockchain untuk pembangunan urban mampan di Afghanistan, menurut laporan dari laman berita teknologi The Sociable, yang diterbitkan pada 2 Julai.

Stephane Dujarric, Jurucakap untuk UN Secretary-General dilaporkan memberitahu The Sociable bahawa United Nations Office of Communication and Information Technologies (UN-OICT) sedang membangunkan penyelesaian blockchain untuk rekod tanah dan ketelusan perkhidmatan sebagai sebahagian daripada insiatif “City for All” UN.

Program “City for All” UN bermula pada tahun 2016 dengan set charter untuk berterusan sehingga 2020 dan bertujuan untuk membangunkan 12 daripada bandar Afghanistan, termasuk ibu negaranya, Kabul. Inisiatif itu menjangka majoriti populasi Arghanistan menjadi urban dalam masa 15 tahun akan datang. Tiga keutamaan yang diberikan adalah pengurusan tanak yang efektif, perancangan urban yang strategik, dan kewangan perbandaran yang ditambah baik.

Langkah baru untuk eksperimen dengan teknologi blockchain untuk menyelesaikan cabaran infrastruktur Afghanistan adalah produk daripada memorandum persefahaman terkini antara UN-OICT dan UN-Habitat, dimana UN-Habitat bertanggungjawab untuk sokongan teknikal inisiatif itu.

Menurut memorandum itu, kedua-dua pejabat UN itu melihat untuk mengembangkan kolaborasi ke Asia Selatan dan untuk berusaha “membangunkan alat teknologi baru dan platform digital untuk reka bentuk dan perancangan urban.”

UN telah menggunakan blockchain sebelum ini dalam pembangunan sektor seperti kesihatan di Afrika Timur, seperti yang dilaporkan Cointelegraoh pada bulan Disember 2018, dan untuk membangunkan biro kredit berdasarkan blockchain di Sierra Leone di General Assembly UN pada September 2018.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/un-looks-to-blockchain-to-aid-sustainable-urban-development-in-afghanistan

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.