Skip to main content
Live
  • BTCRM 308,032+0.18%
  • ETHRM 9,066-0.24%
  • USDTRM 4.05+0.29%
  • BNBRM 2,815+0.72%
  • XRPRM 4.81-4.22%
  • USDCRM 4.06+0.29%
  • SOLRM 366.71+1.08%
  • TRXRM 1.29+0.54%
  • FIGR_HELOCRM 4.20-0.84%
  • ZECRM 5,474+9.09%
  • HYPERM 319.10+1.29%
  • XMRRM 2,521+2.05%
  • DOGERM 0.2959+1.05%
  • USDSRM 4.06+0.29%
  • WBTRM 295.87-0.17%
Advertise

John McAfee Teruja dengan Perkembangan Cuba, Menawarkan Perkhidmatannya

Coin.my2 min read600 views
John McAfee Teruja dengan Perkembangan Cuba, Menawarkan Perkhidmatannya

Negara Cuba telah secara rasmi mengumumkan perancangan untuk menggunakan matawang kripto dalam skala antarabangsa, dan seorang penduduk yang paling gembiira adalah John McAfee. John McAfee, yang kini bersembunyi di sebuah lokasi di Havana, memuji keputusan oleh kerajaan Cuba dan menawarkan bantuannya.

McAfee mungkin tidak kisah dengan Amerika Syarikat, tetapi ramai penyokong matawang kripto merasa bimbang. Cuba kemungkinan besar ingin menggunakan matawang digital sebagai cara  untuk mengelak dari sekatan AS. Negara yang disekat seperti Venezuela, Rusia dan Iran telah mempertimbangkan idea menggunakan kripto sebagai cara untuk berdagang di luar negara.

Venezuela paling ke hadapan dengan percubaan itu dengan “Petro”, tetapi malangnya ia tidak berjaya. Korea Utara juga telah menggunakan teknologi blockchain. Tetapi Kim Jong Un tidak mengeluarkan matawang kripto nasional, sebaliknya dia menggunakan perlombongan dan pencurian untuk menambah kekayaaannya.

Menurut laporan dari Reuters, Menteri Ekonomi Alejandro Gil Fernandez berkata:

“Kami sedang mengkaji potensi penggunaan matawang kripto…dalam transaksi komersial nasional dan antarabangsa kami, dan kami sedang bekerjasama dengan ahli akademik.”

Jika kerajaan AS sedang mengejar McAfee untuk larian cukai, sudah pasti ia tidak gembira McAfee menggunakan Cuba sebagai tempat persembunyian. Bayangkan jika mereka mendapat tahu bahawa McAfee aktif dalam membantu Cuba untuk mengelak dari sekatan AS. John nampaknya tidak risau, memandangkan dia akhirnya menjumpai cerut yang diingini.

Masih lagi belum jelas apa bentuk matawang kripto yang akan keluar dari hasil kajian Cuba. Apa yang pasti adalah John McAfee teruja untuk membantu membangunkan “Cuba Coin” sambil membelakangkan kerajaan persekutuan AS.

Sumber:

https://www.ccn.com/crypto/john-mcafee-over-the-moon-offers-his-services-to-cuba-on-crypto/2019/07/03/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!