Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Wallet Hardware Kripto yang Dihiasi Berlian Bernilai $55,000

Pada larian bull pasaran kripto 2017 dan dengan kitaran hype Bitcoin, pelabur awal ramai yang telah menjadi kaya raya dan dilihat memiliki Lamborghini, jam tangan mewah dan aksesori mewah yang lain.

Dengan pelabur mempunyai terlampau banyak wang, kemewahan dilihat dari setiap penjuru kehidupan mereka. Demam kemewahan itu akhirnya semakin menghilang, tetapi ia tidak menghentikan pengeluaran wallet hardware kripto yang dihiasi berlian.

Bitcoin yang melonjak kembali telah membawa kepada pelabur kripto sekali lagi bercakap tentang Lamborghini dan mimpi mewah lain, mengharapkan larian bull berterusan sehingga mencapai harga tertinggi baru.

Buat masa kini, pelabur perlu HODL dengan kuat melalui semua cabaran pembetulan dan kejatuhan pasaran kripto dan menyimpan simpanan kripto mereka dengan selamat. Pelabur kripto yang masih lagi mencari sesuatu yang mewah sambil menunggu larian bull seterusnya boleh membelanjakan keuntungan baru-baru ini ke atas wallet hardware kripto yang dihiasi berlian.

Dalam satu terbitan Twitter, pencipta wallet hardware kripto popular Ledger Nano S dan Ledger Nano X berkongsi satu gambar Ledger Nano S yang diubah suai dan dihiasi dengan berlian dan emas.

Peranti USB Ledger yang mewah yang digunakan untuk menyimpan aset kripto secara selamat offline mempunyai 35 gram emas 18 karat, dan berlian 5.51 karat meliputi badan peranti itu. Kos untuk memiliki Ledger mewah ini adalah €49,000 atau dalam $55,000.

Selain daripada rupanya yang mewah itu, peranti itu juga berfungsi sepeti Ledger Nano S, membolehkan pengguna menyimpan beratus-ratus jenis matawang kripto offline dengan selamat. Cold storage wallets direkomen dari simpanan online, yang dipanggil hot wallets memandangkan hot wallet berhubung ke Internet dan mempunyai risiko kecurian lebih tinggi.

Namun begitu, terdapat beberapa amaran yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli peranti mewah ini. Yang paling utama ialah ianya mungkin bukan satu idea yang baik untuk menarik perhatian orang lain kepada sesuatu yang mengandungi aset kewangan anda, dan membeli sesuatu seperti ini juga menjamin ia akan menjadi teknologi lama dalam masa singkat.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/07/04/ledger-bitcoin-crypto-hardware-wallet/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads