David Marcus dari Facebook Mempertahankan Libra, Berkata Matawang Digital itu Adalah Desentralisasi Sepenuhnya
Dalam terbitan blog baru, bercakap tentang isu Libra Coin pada 3 Julai, David Marcus, Ketua Calibra di Facebook menjawab beberapa persoalan tentang Libra yang muncul sejak Facebook memperkenalkannya beberapa minggu yang lalu.
Marcus menyatakan dalam terbitan blog itu bahawa projek itu tidak akan berada dalam kawalan sesiapa ie. Libra akan menjadi projek blockchain terbuka.
Marcus juga bercakap tentang tujuan matawang kripto itu. Dia menyatakan bahawa fokus utama Libra adalah untuk memberi rakyat yang tidak mempunyai bank dalam negara sedang membangun cara untuk menghantar dan menerima wang secara global sebalik hanya pilihan yang mahal, iaitu sistem kewangan masa kini, menurut Marcus.
Ia agak mengejutkan bahawa Marcus, yang mengambil masa untuk menjelaskan bagaimana projek itu adalah desentralisasi daripada ahli pengasasnya, pada masa sama juga berkata Libra Association akan “berinteraksi secara proaktif dan terbuka” dengan penguatkuasa tentang transaksi di blockchain Libra sebagai cara untuk melawan penggubahan wang haram, pembiayaan kenayah keganasan, dan lain-lain.
Seperti yang dikongsi Anthony Pompliano, surat daripada wakil AS yang dihantar ke Washington DC, dituju kepada CEO Facebook Mark Zuckerberg, dan dua orang lagi, telah meminta projek Libra dihentikan.
Members of Congress just sent this letter to Facebook asking them to officially stop development of Libra.
Wait till Congress finds out they can’t send letters to Bitcoin? pic.twitter.com/rCG1jh4RhL
— Pomp ? (@APompliano) July 3, 2019
Wakil-wakil rakyat tersebut telah menaikkan isu-isu berkenaan projek Libra, mengatakan ianya adalah “sistem kewangan global yang baru yang beroperasi di Switzerland”. Mereka bimbang Bahawa Libra coin akan bersaing dengan polisi kewangan AS dan akan menjadi ancaman kepada dollar.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!