Default – Above Header Ads

Menteri Iran Mendakwa Pelombong China Mengeksploit Elektrik Iran yang Murah

Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat di Iran mendakwa pelombong Bitcoin China memindahkan lokasi mereka ke negara itu. Walaupun tanpa bukti yang konkrit menyokong dakwaan ini, dia berkata bahawa harga elektrik yang rendah menggalakkan eksodus yang didakwa itu.

Menurut penerbitan berita tempatan, PressTV, menteri kerajaan Iran Mohammad Javad Azari Jahromi mendakwa bahawa subsidi elektrik yang diberi oleh kerajaan Iran untuk rakyatnya membuatkan perlombongan Bitcoin di negara itu sangat menarik.

Ini telah menyebabkan pelombong Bitcoin China menjalankan operasi mereka di negara itu. Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat itu tidak dapat memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya tetapi berkata dia telah mendengarnya secara “tidak rasmi”.

Jahromi kemudiannya memberi komen bahawa dia percaya bahawa usaha itu adalah kepentingan persendirian, dan bukannya kerajaan China sendiri:

“Kerajaan China tidak mempunyai perancangan untuk masuk ke dalam sektor perlombongan matawang kripto di Iran. Namun begitu, sektor persendirian China dan rakyat China mungkin terlibat dalam sektor ini.”

Menteri Iran membuat komen itu berikutan lawatan ke China. Di situ, dia telah bertemu dengan pegawai berkedudukan tinggi untuk berbincang bagaimana kedua-dua negara itu boleh bekerjasama untuk membangunkan ekonomi digital.

Perlombongan Bitcoin di Iran telah menjadi semakin popular dalam beberapa bulan kebelakangan ini memandangkan kos eletrik yang rendah untuk rakyat Iran membolehkan keuntungan yang bertambah. Ramai rakyat Iran membayar hanya 5c per watt. Ini bersamaan dengan dalam hanya lima peratus daripada harga per watt tenaga yang dieksport dari Iran ke negara lain.

Anggaran menunjukkan perlombongan Bitcoin kini memakan dalam 700 megawatt tenaga setiap hari di Iran. Ini telah menyebabkan kerajaan menutup operasi perlombongan individu untuk Bitcoin di situ.

Menurut laporan terkini dari Forbes, kenaikan mendadak dalam penggunaan elektrik di Iran telah menjadikan grid tenaga nasional tidak stabil. Namun begitu, Mostafa Rajabi Mashhadi, jurucakap untuk Kementerian Tenaga, mendakwa perlombongan Bitcoin tidak bertanggungjawab sepenuhnya untuk kegunaan yang tinggi. Walaupun begitu, dia tetap menyatakan bahawa grid yang tidak stabil itu memberi impak kepada pengguna yang tidak memakan kuasa yang tinggi dari grid. Ini telah menyebabkan kerajaan merampas dalam 1,000 unit perlombongan dari individu pada penghujung bulan lalu.

Sumber:

https://beincrypto.com/iranian-minister-claims-chinese-miners-are-exploiting-irans-cheap-electricity/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.