Default – Above Header Ads

Bursa Saham Singapura Menyokong Platform Perdagangan Token Sekuriti Baru

Platform perdagangan token sekurIti baru telah dilancarkan dengan sokongan dari Singapore Exchange (SGX), pasaran saham awam negara itu, dan sokongan teknikal dari startup Ethereum ConsenSys.

Platform 1X itu dilancarkan pada 10 Julai dengan penyenaraian pertamanya iaitu satu token ethereum, yang boleh dibeli dengan dollar Singapura. Token melambangkan dalam 7 peratus daripada pengurusan dana Singapuran yang dipanggil Aggregate Asset Management (AAM).

AAM mengumpul sebanyak $4 juta dalam matawang fiat dalam masa enam minggu sejak 4 May 2019. Pelabur dalam pusingan itu menerima jumlah yang sama dalam token ethereum yang dideposit ke dalam akaun mereka, yang kini boleh didagangkan di 1X.

Matlamat 1X adalah untuk membekalkan platform seakan IPO tetapi untuk syarikat persendirian untuk mengumpul kapital dan menambah kecairan dalam pasaran kapital utama dengan menggunakan blockchain awam untuk mengesahkan transaksi.

“Kami mengambil sebahagian daripada syarikat persendirian – kebiasaannya 10 hingga 30 peratus – dan meletakkannya ke dalam special purpose vehicle (SPV)…untuk menyokong setiap token yang kami keluarkan untuk penyeneraian dan perdagangan,”CEO 1X, Haiping Choo, memberitahu CoinDesk, menambah:

“Keseluruhan idea adalah untuk membawa sedikit kecairan ke dalam aset yang sebelum ini dianggap tidak cair. Kami akan mulakan dengan syarikat persendirian. Di masa hadapan, kami akan menggunakan aliran kerja yang sama kepada aset tidak cair lain seperti bon dan hartanah, dan sebagainya.”

1X ditubuhkan oleh Capbridge, bursa pertukaran yang beroperasi di Singapura untuk penawaran saham pasaran utama. Dikawal selia oleh Monetary Authority Singapore, bank pusat de facto negara itu, Capbridge memegang lesen Capital Markets Services. Ia juga mempunyai lesen Recognized Market Operator (RMO) untuk 1X.

SGX pula adalah pelabur strategik dalam 1X, bermakna bursa saham itu bukan sahaja mempunyai ekuiti dalam syarikat itu, tetapi juga terlibat dalam operasi perniagaan itu.

Setiap token melambangkan sekurIti syarikat itu, menurut Choo. “Buat masa ini ia hanya saham biasa, tetapi kami mungkin mengunjurkannya kepada jenis saham lain i.e. saham preferen dan jenis sekuriti lain seperti bon boleh diubaj dan lain-lan.”

Dengan menggunakan blockchain ethereum untuk mengganntikan peranan penyelesai tradisional, bursa pertukaran itu bermatlamat untuk mengurangkan kos operasi dan menjadikan ia boleh didapati oleh peserta global, selain daripada hanya 1,000 pelabur yang diiktiraf di atas platform itu.

Sementara pedagang Singapura perlu memenuhi syarat sekurang-kurangnya pendapatan tahunan sebanyak $220,000 dan aset sebanyak $1.5 juta untuk layak menjadi pelabur yang diiktiraf, Choo berkata tiada syarat minima untuk pelabur di luar bidang kuasa Singapura, asalkan mereka melepasi proses KYC.

Bagi pihak 1X, bursa pertukaran itu mengenakan caj sebanyak 2.5 peratus ke atas transaksi untuk setiap perdagangan dan $3,600 untuk penyenaraian selama setahun ke atas pemohon yang berjaya.

Sumber:

https://www.coindesk.com/singapores-stock-exchange-backs-new-ethereum-security-token-platform

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads