Default – Above Header Ads

Goldman Sachs Mencari Eksekutif untuk Mengetuai Projek Aset Digital

Goldman Sachs telah menyenaraikan peluang pekerjaan untuk pengurus projek menyertai kumpulan aset digitalnya.

Jawatan tahap eksekutif itu akan bertanggungjawab untuk membangunkan “jalan kerja komprehensif untuk teknologi lejar teragih,” menurut keterangan jawatan itu.

Penyenaraian itu datang berikutan pengumuman CEO Goldman Sachs David Solomon bulan yang lalu menyatakan bahawa bank itu akan mengikut jejak langkah JP Morgan Chase dalam melancarkan matawang kripto sendiri. Berita itu pertama kali dilaporkan oleh penerbitan industri The Block.

Solomon berkata pada waktu itu bahawa bank itu sedang membuat penyelidikan secara meluas tentang dunia kripto. Dia membuat rujukan spesifik kepada stablecoin dan tokenisasi aset, sebagai “hala tuju di mana sistem pembayaran akan pergi”.

Jawatan itu adalah sebahagian daripada inisiatif keseluruhan firma, yang bermatlamat untuk menggabungkan beberapa jabatan bank yang berbeza untuk menggalakkan inovasi dan perkembangan. Pengurus projek akan berunding dengan kumpulan bisnes, risiko, operasi, pematuhan, undang-undang dan kewangan untuk membangunkan “projek-projek yang belum pernah diusahakan”.

Ini bukanlah percubaan pertama Goldman dengan matawang kripto atau blockchain. Pada tahun 2018, bank itu telah mempertimbangkan untuk membangunkan dana kripto dan perkhidmatan jagaan selamat untuk menghad risiko godama dan penipuan. Pada waktu itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa langkah itu akan membawa Goldman Sachs kepada membekalkan perkhidmatan jagaan lain, seperti brokerage.

Goldman Sachs dan Morgan Stanley juga adalah bank pertama yang menggunakan sistem pembayaran berdasarkan blockchain yang dibangunkan oleh IBM dan CLS, utiliti perdagangan matawang.

Tambahan lagi, syarikat itu mula menawarkan perdagangan dalam futures kripto pada bulan Mei.

Sumber:

https://www.coindesk.com/goldman-sachs-seeks-executive-to-lead-unprecedented-digital-asset-projects

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads