Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Chia Mengeluarkan Green Paper Tentang Perlombongan Kripto yang Mesra Alam Sekitar

Firma teknologi yang beroperasi di San Francisco, Chia Network telah mengeluarkan green paper yang menerangkan cara-cara yang mesra alam sekitar untuk melombong matawang kripto.

Green paper itu menyediakan keterangan bagaimana proof-of-space dan proof-of-time mencipta algoritma konsesus “gaya-Nakamoto” untuk blockchain Chia. Khususnya, Chia mencadangkan untuk “meladang” dan bukannya melombong untuk mengesahkan blockchain yang mengeluarkan matawang kripto, di mana proof-of-space dan proof-of-time akan menggantikan prinsip proof-of-work yang digunakan untuk melombong Bitcoin dan Ethereum.

Kertas kerja itu menerangkan:

“Chia mengimplementasi proof-of-space untuk menggantikan proof-of-work dengan fungsi kelewatan yang boleh disahkan. Ini menyebabkan satu rantaian di mana pelbagai aspek sama seperti Bitcoin, contohnya, tiada synchronisation yang diperlukan dan kami boleh membuktikan jaminan keselamatan yang menyeluruh asalkan sumber yang mencukupi (ruangan dalam Chia, komputasi dalam Bitcoin) dikawal oleh pihak yang jujur.”

Pada awalnya, CEO Chia Bram Cohen menerbitkan penyelesaiannya untuk Bitcoin pada penghujung 2017, yang dia katakan menyelesaikan isu pemusatan dengan matawang virtual itu dengan menggunakan konsep proof-of-time. Cohen berkata “ideanya adalah untuk menjadikan Bitcoin lebih baik, untuk menyelesaikan masalah pemusatan,” bergantung kepada cara pengesahan dua-langkah.

Seperti yang dilaporkan pada bulan Jun, pelepasan karbon yang dijana oleh Bitcoin boleh disamakan dengan keseluruhan bandar Kansas, dan malah satu negara kecil, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Joule. Dengan pelepasan CO2 tahunan yang dianggarkan antara 22 dan 22.9 megaton, Bitcoin berada di antara Jordan dan Sri Lanka dari segi pelepasan. Kajian itu mencadangkan bahawa kadar ini akan meningkat dua kali ganda jika setiap matawang kripto lain juga diambil kira.

Menurut kajian pada bulan Mac oleh pakar blockchain di firma audit Big Four PwC, tenaga yang boleh diperbaharui tidak akan mencukupi untuk menyelesaikan masalah kelestarian Bitcoin. Pelepasan karbon oleh satu transaksi Bitcoin dilaporkan melangkaui transaksi bukan tunai perbankan tradisional.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/chia-releases-green-paper-detailing-eco-friendly-means-of-crypto-mining

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads