Default – Above Header Ads

Itali, Sweden dan Czechia akan Mengetuai Kerjasama Blockchain Eropah

Itali, Sweden dan Czech Republic akan berkongsi jawatan presiden dalam Kerjasama Blockchain Eropah pada tahun hadapan, menurut laporan Cointelegraph Itali pada 9 Julai.

Berikutan mesyuarat Kerjasama Blockchain Eropah pada 9 Julai di Brussels, ketiga-tiga negara itu akan memegang jawatan presiden selama setahun, bermula dari Julai 2019 sehingga Julai 2020.

Marco Bellezza, Penasihat Undang-undang kepada Menteri Di Maio untuk komunikasi dan inovasi digital dan Koordinator untuk delegasi Itali dalam Kerjasama Blockchain EU, berkata:

“Jawatan presiden Itali dalam Kerjasama Blockhain EU adalah pengiktirafan pertama aktiviti yang dijalankan dalam industri ini oleh Menteri Luigi Di Maio, dengan pandangan untuk memberi Itali peranan kepimpinan dalam projek Eropah tentang Blockchain. Ini adalah peluang unik untuk mempromosi ilmu dan penggunaan teknologi ini untuk kebaikan rakyat dan perniagaan dengan menguatkan kerjasama dalam EU.”

Itali menyertai Kerjasama Blockchain Eropah pada bulan September 2018. Kerjasama ini adalah entiti yang diluluskan oleh Suruhanjaya Eropah lima bulan sebelum itu sebagai “kenderaan untuk kerjasama antara Ahli Negara untuk bertukar-tukar pengalaman dan kepakaran dalam bidang teknikal dan penguatkuasaan dan bersiap sedia untuk melancarkan aplikasi blockchain di seluruh Eropah melalui Pasaran Digital untuk kebaikan sektor Awam dan persendirian.

Pada bulan Februari, Italian House of Representatives meluluskan bil yang mendefinisikan DLT sebagai blockchain. Pada waktu itu, Maria Laura Mantovani, ahli parlimen Itali dalam parti Movimento 5 Stelle, memberitahu Cointelegraph Italy bahawa use case yang ideal untuk blockchain dalam aplikasinya dalam pengundian online.

Pada bulan Jun yang lalu, Italian Banking Association mengumumkan bahawa bank Itali akan integrasi DLT ke dalam proses dalaman untuk menambah baik penyelesaian. Pelancaran blockchain juga akan menambah baik ketelusan dalam transaksi antara bank dan tahap efisyen komunikasi antara dua pihak yang membuat perjanjian.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/italy-to-lead-european-blockchain-partnership-until-july-2020

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads