Default – Above Header Ads

Jabatan Kehakiman AS Menuduh Eksekutif Kripto Menjalankan Skim Penipuan bernilai $7 Juta

Penguatkuasa persekutuan New York telah mengenakan tuduhan penipuan terhadap eksekutif syarikat escrow matawang kripto Volantis sebanyak lebih $7 juta.

Menurut pengumuman oleh Jabatan Kehakiman, Pendakwa Raya AS untuk Daerah Selatan New York dan Penolong Pengarah Pejabat FBI New York telah mendedahkan pemfailan tuduhan itu pada 25 Julai. Defendan, eksekutif Volantis Jon Barry Thompson juga telah ditahan pada hari yang sama.

Thompson didakwa menjalankan perkhidmatan transaksi Bitcoin melalui Volantis dengan pernyataan palsu untuk mendapatkan lebih $7 juta dari dua syarikat yang berbeza. Dalam pemfailan tersebut, penuduh menyatakan bahawa Thompson menawarkan perkhidmatan untuk penyelesaian kripto rendah risiko dengan bertindak sebagai penjaga bersama antara kedua-dua pihak.

Namun begitu, menurut Pendakwa raya Manhattan Geoffrey S. Berman, Thompson menggunakan perkhidmatan ini untuk mencuri wang yang “dijaga”:

“Jon Thompson menarik pelabur untuk berurusan dalam transaksi matawang kripto melalui syarikatnya, Volantis Market Making, dengan mempromosi struktur transaksi yang boleh membuang apa sahaja risiko kehilangan sewaktu pembelian. Namun begitu, kliennya menyedari bahawa kenyataan Thompson adalah palsu, dan pelabur matawang kripto ini akhirnya kehilangan kesemua wang dalam jagaan Thompson kerana penipuannya.”

Penolong Pengarah FBI, William F. Sweeney Jr., menyatakan bahawa dia percaya Thompson menggunakan istilah dan jargon yang mengelirukan untuk eksploit syarikat yang tidak biasa dengan ruangan kripto:

“Menggunakan perkataan dan istilah yang tidak difahami syarikat mangsa, dia telah mengambil kesempatan terhadap kelemahan mereka itu. Peranan kami di FBI adalah untuk menyiasat penipuan itu dan menjejak wang yang hilang.”

Pemfailan itu telah ditandatangani pada 18 Julai, dan mengandungi butiran tentang tuduhan penipuan itu. Menurut pemfailan itu, defendan didawa dengan dua tuduhan penipuan komoditi dan juga dua tuduhan penipuan wire.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/us-department-of-justice-accuses-crypto-exec-of-7-million-fraud-scheme

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.