Default – Above Header Ads

Jabatan Pertahanan AS akan Membangun “Blockchain Cybersecurity Shield”

Jabatan Pertahanan AS (DoD) ingin membangun perisai keselamatan siber Blockchain.

Dalam laporan yang diterbitkan pada 12 Julai berjudul Digital Modernization Strategy, DoD negara itu telah menyenaraikan beberapa cara untuk membangun pertahanan digital negara itu. Ini termasuk integrasi cloud dan quantum computing, AI, dan komunikasi melalui lejar teragih yang ditambah baik.

Malah, DARPA, bahagian penyelidikan Jabatan itu telahpun eksperimen dengan teknologi itu untuk “mencipta platform yang lebih efisyen, sihat, dan selamat,” untuk memproses transaksi dan permesejan yang lebih selamat, menurut laporan Decrypt.

Secara spesifik, Blockchain mungkin dilancarkan antara unit dan ibu pejabat dan juga pejabat risikan dan Pentagon. Sebagai sebahagian daripada program Digital Identity Management, agensi itu juga akan mengeluarkan token digital yang mengesahkan identiti seorang agen.

DoD juga bereksperimen dengan teknologi itu untuk membantu dalam membangun kod yang tidak tidak boleh digodam untuk keselamatan pengkalan datanya.

Sebagai sebahagian daripada program Cryptographic Modernization, yang dikuatkuasa sejak tahun 2000, Jabatan itu akan menggantikan hardware dan sistem kriptografik lama untuk menyahut cabaran penambahbaikan kuasa komputer musuh-musuh negara itu.

Menyebut tentang ciri-ciri Blockchain yang tidak perlu kepercayaan (trustless), telus (transparent) dan tidak boleh diubah (immutable), Jabatan itu menulis:

“Rangkaian Blockchain bukan sahaja mengurangkan kemungkinan kompromi, tetapi juga meletakkan kos yang signifikan kepada musuhnya untuk mencapainya.”

Pemindahan dari “kerja nilai rendah kepada nilai tinggi” juga adalah sebahagian daripada Big Data Platform (BDP) DoD, yang akan menguruskan data yang banyak yang terlibat dalam beberapa projek merentas agensi. Platform itu “memberi kebolehan untuk menjalankan agregasi, korelasi dan pembentukan trend,” dan juga boleh menjalankan pattern recognition untuk menjangka serangan.

Sumber:

https://www.coindesk.com/us-department-of-defense-is-developing-a-blockchain-cybersecurity-shield

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.