Hero yang Menghalang Ransomware Wannacry Dijatuhkan Hukuman Penjara
Penyelidik malware, Marcus Hutchins, yang menjadi popular kerana menjumpai “kill switch” dalam WannaCry ransomware software pada tahun 2017, telah dijatuhkan hukuman satu tahun pelepasan yang dipantau. Dia didakwa dengan mengeluarkan dan menjual malware perbankan yang dipanggil Kronos dan kit UPAS, satu lagi malware lain.
Hutchins, seorang rakyat British berumur 25 tahun, ditahan di Las Vegas semasa dia menghadiri persidangan Def Con pada bulan Ogos 2017. Dia diambil dalam tahanan oleh federal marshal semasa menaiki penerbangan kembali ke UK, kerana didakwa membangun malware yang dipanggil Kronos. Malware itu dilaporkan mencuri maklumat dari web browser yang digunakan untuk menjejaskan sistem.
Penyelidik keselamatan yang muda itu diikat jamin sebanyak $30,000 dan sudah tinggal di Los Angeles sejak itu. Pendakwaraya mendakwa dia telah menjana beribu dollar dengan menjual Kronos. Sejak penangkapan itu, Hutchins cuba berubah, malah telah live-stream kerjanya dan berusaha untuk melindungi pengguna dari ancaman keselamatan. Pendakwaraya memberi komen dalam memo hukuman yang difailkan ke mahkamah, mengatakan bahawa Hutchins telah “membuat keputusan yang baik untuk menggunakan bakatnya untuk tujuan yang baik.”
Empat bulan sebelum ini, Hutchins diangkat sebagai hero kerana menghentikan ransomware WannaCry. Program itu telah menjejaskan komputer seluruh dunia, dan memeras ugut pengguna untuk membayar wang tebusan untuk data mereka dalam Bitcoin. Mereka yang tidak mematuhinya diancam dengan pemadaman fail mereka. Hutchins menjadi hero apabila dia mendaftar satu nama domain yang bertindak sebagai kill switch dan menghentikan ransomware itu dari tersebar.
Agensi penyiasatan Amerika, British dan Australia telah menjejak ransomware itu ke Korea Utara. WannaCry telah menyebabkan kerugian berbilion dollar, dengan NHS UK paling terjejas. Ia dilaporkan telah menyebabkan doktor menolak dari berjumpa pesakit dan menutup bilik kecemasan.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!