Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Walaupun dengan Laporan Kerugian, Perniagaan Blockchain Overstock Masih Kuat

Gergasi retail Overstock telah mengeluarkan laporan kewangan Q2 2019, menunjukkan penurunan 23% dalam keuntungan dan kerugian sebanyak 19%.

Dalam pengumuman pemegang saham yang diterbitkan pada 8 Ogos, Overstock menyatakan bahawa firma subsidiari Blockchainnya, tZERO, berkembang seperti dalam perancangan, dengan fokus kepada 6 bidang utama – terutamanya token sekuriti.

Walaupun laporan kewangan menunjukkan penurunan dari segi semua metrik, Overstock telah kembali ke Earnings Before Interest, Taxes, Depreciation and Amortization (EBITDA) yang positif buat pertama kali sejak Q2 2017. Tambahan lagi, gross margin telah melihat kenaikan 79 basis point dalam suku tahun sebelum ini, dengan perbelanjaan jualan dan pemasaran turun sebanyak 63% dalam tempoh yang sama.

Laporan itu menunjukkan tZERO merekod hampir $10 juta kerugian sebelum cukai dan juga telah menjejaskan perbelanjaan pentadbiran dan am pejabat induknya:

“Perbelanjaan G&A berjumlah $32 juta dan $31.4 juta pada Q2 2019 dan 2018, kenaikan 2% […] Kenaikan ini adalah kerana penurunan $6 juta dalam keuntungan matawang kripto dari penjualan matawang kripto pada Q2 2018 yang diterima semasa penawaran token sekuriti, dengan ketiadaan aktiviti yang sama dalam Q2 2019.”

Overstock juga telah menunjukkan bahawa untuk Q2 2019, tZERO memperoleh hanya $4.1 juta daripada $373 juta jumlah untung bersih.

Menurut pengumuman itu, Overstock adalah retailer besar pertama untuk menerima matawang kripto pada tahun 2014 – menubuhkan subsidiari perdagangan yang fokus kepada Blockchain, Medici Ventures tahun yang sama.

Hari sebelumnya, Cointelegraph telah melaporkan bahawa tZERO merancang untuk membolehkan orang awam untuk mendagangkan token sekuriti dalam masa beberapa hari lagi dan menjangka sebanyak 50,000 pelabur baru daripada pemegang saham Overstock sedia ada untuk memulakan perdagangan tokens sekuriti.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/retail-giant-overstock-reports-losses-says-blockchain-business-strong

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads