Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pompliano Menekankan Faktor disebalik Bull Run Bitcoin dan Mengapa Anda Harus Menjadi HODLer

Dalam tweet pada 7 Ogos 2019, Anthony Pompliano, pengasas bersama di Morgan Creek Digital berkata Bank of America percaya US Federal Reserve mungkin perlu bergantung kepada quantitative easing pada suku keempat 2019. Jika itu berlaku, ditambah lagi dengan pemotongan kadar faedah dan halving Bitcoin pada bulan Mei 2020, tiada skrip lebih baik yang ditulis untuk kenaikan parabolik Bitcoin.

Menurut kepada tweet Anthony Pompliano, Bank of America percaya bahawa quantitative easing, iaitu bekalan wang baru dalam ekonomi oleh bank pusat, untuk mencipta kecairan dan merangsang ekonomi.

Sementara itu pula, usahawan Amerika itu menyatakan bahawa sebelum ini, Federal Reserve Sudah pun mula memotong kadar faedah. Langkah seterusnya akan melibatkan pencetakan wang ke dalam ekonomi.

Namun begitu, peristiwa halving Bitcoin adalah pada Mei 2020, and keadaan ini menetapkan kemungkinan kenaikan dalam harga Bitcoin. Dalam kata-kata Pompliano sendiri, “Anda tidak boleh menulis skrip yang lebih baik untuk kenaikan Bitcoin.”

Dalam tweet yang lain pada 7 Ogos 2019, Pompliano berkata:

“Bank pusat seluruh dunia sedang memotong kadar faedah. Tidak lama lagi mereka akan mula mencetak jumlah wang yang banyak. Bitcoin halving yang akan berlaku tidak lama lagi. Bersiap sedia. Ini akan menjadi gila.”

Pompliano, ketika di Squawk Box CNBC menyatakan bahawa 50 peratus daripada nilai kekayaannya disimpan dalam Bitcoin. Peminat kripto juga berpendapat bahawa Bitcoin adalah aset paling penting, dan ianya tidak bertanggungjawab untuk institusi tidak mempunyai pendedahan kepada Bitcoin.

Menurut bull Bitcoin itu, ia adalah peranan institusi ini untuk mencari aset yang boleh membekal non-correlation kepada pasaran selebihnya, lebih-lebih sewaktu ketidakstabilan global.

Pada masa sama, Pompliano berkata dalam tweet pada 8 Ogos, bahawa hampir semua institusi di dunia menumpukan perhatian kepada Bitcoin dan infrastruktur yang dibina mengelilinginya. Dia menambaha bahawa ini adalah pelabur yang menguruskan lebih trilion dollar.

Sumber:

https://zycrypto.com/pomp-highlights-factors-behind-the-bitcoin-bull-run-and-why-you-should-be-a-holder/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads