Default – Above Header Ads

Syarikat Jerman Mendapatkan Pinjaman €750 juta Melalui Blockchain

Dürr yang beroperasi di Jerman, salah satu firma kejuruteraan mekanikal dan perkilangan terkemuka, telah mendapatkan pinjaman sustainability berjumlah 750 juta euros, di mana faedahnya dihubungkan kepada prestasi mesra alamnya.

Perjanjian kredit itu, dilaporkan pada 8 Ogos oleh Finance Magazine (German), dimulakan sendiri oleh Dürr, menggunakan platform pinjaman bersindiket berdasarkan Blockchain. Proses konsortium itu juga telah didigitalisasi dan disandarkan kepada blockchain.

Kewangan sustainable atau hijau semakin popular dan dalam keadaan ekonomi masa kini, mempunyai kebaikan untuk kedua-dua pelabur dan peminjam. Perjanjian terbaru Dürr datang hanya selepas dua minggu selepas ia melancarkan sustainability “schuldschein” bernilai 200 juta euro, satu peralatan kewangan Jerman yang popular.

Kedua-dua perjanjian bergantung kepada penarafan sustainability syarikat itu, seperti yang dinilai oleh agensi Ecovadis. Ia menilai faktor ekologikal seperti penggunaan air, selain daripada keadaan bekerja, dan banyak lagi, dan akan mempengaruhi kadar pulangan pinjaman tersebut.

Perjanjian kredit itu dimulakan melalui platform pinjaman bersindiket berdasarkan blockchain, dan sindiket itu merangkumi 13 bank di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia.

Proses konsortium juga telah didigitalisasi menggunakan software dari Targens. Peserta transaksi mencipta identiti digital, yang akan boleh digunakan untuk memberi kuasa untuk tandatangan elektronik perjanjian dan dokumentasi.

“Pengesahan identiti digital menambah keselamatan, dan proses menjadi lebih cepat,” menurut CFO Dürr, Carlo Crosetto.

Platform Blockchain semakin banyak digunakan untuk kewangan sustainable. Seperti yang dilaporkan Cointelegraph, bank Sepanyol, BBVA telah mengeluarkan bon hijau berstruktur bernilai $40 juta pada bulan Februari yang lalu.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/german-company-secures-750-million-eco-friendly-loan-via-blockchain

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.