Default – Above Header Ads

SEC Membekukan Aset atas Dakwaan Penipuan ICO Bernilai $15 Juta

United States Securities and Exchange Commission (SEC) telah memfailkan aduan terhadap seorang lelaki yang beroperasi di New York dan dua syarikatnya. SEC mendakwa bahawa entitinya menjalankan ICO yang tidak berdaftar dari penghujung tahun 2017 ke 2018, dan meminta Mahkamah Daerah AS mengeluarkan Arahan pembekuan kecemasan ke atas aset defendan.

Hindenburg Research berkongsi pemfailan SEC untuk perbicaraan juri dalam terbitan pada 12 Ogos. Menurut dokumen itu, suruhanjaya akan memfailkan aduan terhadap Reginald Middletown, syarikat New York Veritaseum Inc. dan syarikat yang beroperasi di Delaware, Veritaseum LLC.

SEC berkata bahawa defendan telah mengutip lebih kurang $14.8 juta dalam ICO dari penghujung 2017 hingga ke awal 2018 dan mendakwa bahawa entiti itu membuat  kenyataan yang salah kepada pelabur.

Tambahan lagi, SEC percaya bahawa terdapat dalam $18 juta dalam dana pelabur yang masih lagi dalam simpanan dari ICO ini dan menerima permintaan untuk membekukan aset defendan.

Seperti pemfailan, syarikat menjual token yang dipanggil VERI, yang dikeluarkan di blockchain Ethereum dan disandarkan kepada Ether pada ration 30:1. Defendan dilaporkan menyampaikan CERI sebagai token utiliti, mengatakan ia boleh ditebus untuk kelebihan seperti perkhidmatan perundingan dan penasihat dan juga akses tidak terhad kepada penyelidikan.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph, SEC telah terlibat dalam perbicaraan yang masih berlangsung dengan Kik Interactive di atas penawaran token Kin. Baru-baru ini peguam Kim mengatakan bahawa ia melakukan begitu kerana ia tiada bukti baik untuk menyokong pendakwaannya. Dalam pemfailan paling terkini, peguam itu menulis:

“Nampaknya menyedari kerentanan dakwaannya, Suruhanjaya telah menolak peranan kerajaannya untuk mencari keadilan, dan telah menggunakan strategi untuk memutar belit fakta, mencipta gambaran yang sangat selektif dan mengelirukan dalam rekod seperti yang tertera di bawah.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/sec-requests-freeze-on-assets-in-connection-with-alleged-15m-ico-fraud

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads