Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Barclays Memutuskan Hubungan dengan Coinbase

Barclays dilaporkan tidak lagi berkerjasama dengan Coinbase; menarik diri sepenuhnya dari matawang kripto.

Menurut laporan Coindesk, sumber industri mengesahkan bahawa Barclays telah mengakhiri hubungan perbankan dengan Coinbase, yang telah mengganggu operasi bursa pertukaran yang beroperasi di San Francisco dengan pengguna di United Kingdom. Ini telah memperlahankan sistem untuk transaksi GBP-ke-kripto, bermakna pengguna telah menunggu berhari-hari untuk proses pengeluaran dan deposit.

Kelewatan ini dilaporkan adalah isu sementara kerana Coinbase telah menubuhkan kerjasama baru dengan bank yang lebih baru; ClearBank. Walaupun begitu, isu yang lebih mendalam adalah bahawa gergasi perbankan itu menawarkan hubungan untuk penggunaan matawang kripto kepada industri perbankan tradisional. Pemutusan hubungan kerjasama ini mungkin mempunyai impak lain melangkaui kelewatan pengguna.

Walaupun sebab sebenar Barclay menarik diri tidak diketahui, sumber industri menyatakan ianya berkaitan dengan risiko penggunaan aset digital:

“Ia adalah pemahaman saya bahawa penerimaan risiko Barclays telah berkurangan – saya tidak begitu pasti mengapa atau apa yang menyebabkan mereka bertindak begitu, mungkin terdapat beberapa aktiviti yang mereka tidak begitu gembira. Tetapi ia adalah tahap keselesaan Barclays dengan kripto sepenuhnya.”

Satu lagi sumber menyatakan bahawa hubungan kerjasama perbankan dan perniagaan adalah ujian yang telah berakhir dan bahawa Barclays berkemungkinan menghalang pembangunan matawang kripto untuk Coinbase kerana ia berhati-hati dengan matawang kripto dan aset mana yang sepatutnya disenaraikan.

Sumber:

https://www.coininsider.com/barclays-coinbase-relationship/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.