Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Ripple Memihak kepada Penguatkuasa AS dalam Kontroversi Kripto dengan Libra Facebook

Kripto direka bentuk untuk akhirnya menjadi pengganti kepada matawang fiat seperti US dollar semakin dunia bergerak ke era digital sepenuhnya, supaya wang boleh diurus dengan lebih mudah dan cepat tanpa memerlukan pengantara.

Tetapi hanya selepas Facebook, salah satu syarikat paling besar dan berkuasa di seluruh dunia, mengumumkan perancangan untuk melancarkan aset kripto yang dipanggil Libra yang direka bentuk sebagai pengganti 1:1 kepada dollar dan matawang fiat lain, pada masa itulah penguatkuasa AS mula mengambil pendirian defensif dan reaktif terhadap kripto, Bitcoin dan Libra Facebook sendiri.

Dan kini, semakin hangat kontroversi itu, Ripple nampaknya berpihak kepada penguatkuasa AS, mengatakan bahawa “matawang fiat baru” tidak diperlukan dan dollar paling sesuai – sehingga membuat komen negatif terhadap Bitcoin dan Ethereum dalam usaha untuk menjauhkan syarikat itu daripada ruangan kripto dan mengambil alih perhatian kepada pesaing.

Semasa temubual baru-baru ini di Bloomberg TV berkenaan topik kewangan dan teknologi yang hangat itu, CEO Ripple Brad Garlinghouse mengkritik Libra, Bitcoin dan Ethereum dan mengambil semua langkah untuk berpihak kepada penguatkuasa kewangan di AS dan mengambil alih perhatian daripada token kripto syarikatnya, XRP.

Garlinghouse mendakwa bahawa usaha Facebook “sangat bercita-cita tinggi”, tetapi juga “bongkak” kerana ingin menggantikan matawang fiat. “Kita tidak perlukan matawang fiat yang baru,” dia menambah.

“Pengawalseliaan kewangan amat penting. KYC dan AML, dan anti-pembiayaan pengganas…ini adalah asas kepada sistem kewangan kita, dan kita perlu memastikan infrastruktur masa hadapan mempertimbangkannya,” Garlinghouse memberitahu Bloomberg.

Dia bimbang bahawa “projek yang mempunyai legitimasi yang bekerja untuk menyelesaikan masalah sebenar dengan kripto akan tersepit dalam” pertarungan kerajaan AS menentang Facebook, dan menyatakan bahawa kenyataan Presiden Donald Trump bahawa semua matawang kripto adalah jahat adalah sama seperti tidak menyukai syarikat internet pada tahun 1997.

Kesimpulannya, CEO itu melindungi jenamanya, produk dan pelabur dengan menyerang Bitcoin dan Ethereum, dan menambah kebimbangan terhadap Libra, tetapi Garlinghouse perlu berhati-hati supaya dia tidak menarik keseluruhan industri kripto pada masa yang sama, ataupun menjatuhkan reputasinya dalam komuniti kripto.

Sumber:

https://www.newsbtc.com/2019/07/31/ripple-crypto-controversy-facebook-libra/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.