Tom Lee: BTC adalah Safe Haven, dan akan Mencecah ATH Menjelang Penghujung 2019
Penganalisa senior di syarikat strategi pasaran dan penyelidikan sektor Fundstrat Global Advisors, Tom Lee yakin bahawa Bitcoin telah menjadi safe haven yang tulen untuk pelabur.
Apabila ditanya secara langsung “sama ada Bitcoin adalah safe haven yang tulen” semasa temu bual di siaran Fox Business pada 15 Ogos, Lee mengesahkan pendiriannya:
“Betul. Anda boleh melihatnya di pasaran. Di mana ada kekecohan, harga Bitcoin tempatan akan naik dan berdagang pada harga premium, kerana orang ramai sedang mencari jalan untuk melindungi wang mereka. Jadi ya.”
Lee juga menambah bahawa Bitcoin “telah mempunyai prestasi yang baik tahun ini,” mengingatkan penonton bahawa bulan Disember yang lalu harganya kekal di paras $3,000, dan sejak itu ia naik ke paras $10,000-$12,000. Penganalisa Fundstrat itu juga berkata bahawa Bitcoin “tidak mempunyai korelasi kepada ekuiti, kepada bon, jadi ia adalah hedge diversifikasi yang baik.”
Menurut Lee, kini Bitcoin “hanya berehat”, dan akan menunjukkan peningkatan signifikan dalam harganya menjelang penghujung 2019. Penganalisa itu menambah:
“Saya rasa ia akan menjadi lebih tinggi menjelang penghujung tahun, dan berpotensi untuk mencecah ATH. Saya merasa sesiapa sahaja yang ingin pengagihan 2% atau 1% kepada Bitcoin sebagai hedge terhadap pelbagai perkara yang boleh gagal – ia adalah pertahuran yang bijak.”
Sebelum ini, Cointelegraph menerbitkan laporan tentang tiga sebab utama Bitcoin bertukar menjadi safe haven global untuk pelabur.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!