CSO Blockstream Dituduh Hipokrit kerana Pelaburan dalam IPO Token berdasarkan Ethereum
Ketua Pegawai Keselamatan di Blockstream telah dituduh menyokong penjualan token sekuriti INX yang dikeluarkan di blockchain Ethereum. Samson Mow telah dituduh sebagai hipokrit selepas bersuara tentang isu-isu Ethereum.
Editor penerbitan berita matawang kripto The Block, Mike Dudas, telah membekalkan bukti pelaburan Mow dalam projek platform perdagangan INX melalui Twitter pada 21 Ogos:
A short story https://t.co/sVVmepPda0 pic.twitter.com/MRlAdGDsOG
— Mike Dudas (@mdudas) August 20, 2019
Tweet diatas menunjukkan Mow mengatakan pada bulan Januari tahun ini bahawa “Ethereum adalah perkara paling tidak praktikal.” Jadi, ia nampak pelik apabila dia menyokong projek yang berdasarkan blockchain Ethereum. Beberapa orang sudah melabel pelaburan CSO Blockstream itu sebagai hipokritikal:
just another case in point that Samson Mow @excellion is one of the biggest hypocrites in crypto space. be wary of crypto luminaries and always #DYOR ??? #StoreOfDrama™️ https://t.co/FIxhQgH9H1
— ~C4Chaos (@c4chaos) August 20, 2019
Dudas juga menambah bukti Mow dan tokoh matawang kripto terkemuka lain dalam platform yang mematuhi pengawal seliaan dan fokus kepada perdagangan institusi itu. Antara nama-nama yang muncul adalah Riccardo Spagni, ketua pembangun projek Monero; Charlie Lee pengasas Litecoin, dan Stephan “WhalePanda” Jespers.
Menurut dokumen yang diterbitkan oleh Dudas, Mow nampaknya telah melabur lebih $100,000 di platform INX. Dia juga duduk di lembaga penasihat projek itu, bersama-sama nama besar lain dari industri aset digital termasuk Stephen Jespers dan Jameson Lopp.
Pemfailan SEC pada 20 Ogos menyatakan bahawa token INX adalah token ERC-20 dan akan dijual dalam IPO akan datang. IPO tersebut berdaftar sepenuhnya dengan SEC, bermakna projek itu akan mengelak dari isu pengawalseliaan yang dihadapi oleh Kik dan Veritaseum, kedua-dua yang dituduh menjual sekuriti yang tidak berdafar oleh pengawal selia itu.
INX berharap untuk mengutip hampir $130 juta dari IPOnya. Seperti Binance Coin, token INX akan membolehkan pedagang di platform untuk membeli dan menjual aset digital dengan yuran yang murah. Ia juga akan membolehkan pemegang token mendapat sebahagian daripada keuntungan tahunan platform itu.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!