Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Nampaknya Craig Wright Menipu dan Memalsukan Dokumen Sekali Lagi, Menurut Peter McCormack

Craig Wright yang mengisytiharkan diri sendiri sebagai Satoshi Nakamoto nampaknya menipu dan memalsukan dokumen sekali lagi. Satu kertas kerja sebelum Bitcoin yang Craig Wright mendakwa dia tulis pada tahun 2007 sebenarnya dimuat naik 18 Ogos dan di edit dalam Microsoft Office 365, software yang tidak dilancarkan sehingga 2011.

Peter McCormack, antara yang menerima saman libel Wright, mengeluarkan tweet tentang kertas kerja yang diterbitkan Wright di SSRN, satu perkhidmatan yang merumahkan kertas kerja akademik. Wright mendakwa dokumen itu, bertajuk “Penyedia pembayaran dan pengantara seperti yang didefinisikan dalam undang-undang Internet,” ditulis pada tahun 2007, tetapi tidak mengandungi tarikh muat naik atau penerbitan.

Dokumen itu mengandungi perenggan yang lebih kurang sama dengan abstrak dari whitepaper asal Bitcoin.

Ketiadaan tarikh penerbitan atau muat naik membuatkan McCormack mensyaki dokumen itu telah diubah. Selepas memeriksa versi lain dokumen itu di Internet Archive, McCormack menjumpai bahawa satu-satunya snapshot kertas kerja itu adalah pada 18 Ogos – hari yang sama ia dimuat naik.

Metadata kertas kerja Wright menunjukkan ia dicipta dan diedit pada 18 Ogos, sehari sebelum McCormack menjumpainya di SSRN.

Siasatan lanjut juga menunjukkan kertas kerja itu dicipta dan diubah menggunakan Microsoft Office 365, satu program yang tidak dilancarkan sehingga Jun 2011. Walaupun ini tidak membuktikan Wright mengubah tarikh dokumen itu, hakikatnya garis masa Wright yang tidak betul telah menyebabkan pengguna kripto menggali lebih dalam.

Beberapa pengguna Twitter mengesahkan mereka melihat metadata yang sama selepas memuat turun kertas kerja Wright. McCormack juga menjumpai bahawa Wright mempunyai kertas kerja dengan nama yang sama diterbitkan di SANS reading room. Sementara kedua-dua kertas kerja mempunyai nama yang sama dan struktur yang lebih kurang sama, kertas kerja yang diterbitkan di SANS tidak menyebut tentang matawang digital, egold, atau matawang elektronik peer-to-peer.

Kertas kerja SSRN pula fokus kepada penggunaan dan implementasi matawang digital. Itu, ditambah lagi dengan ketiadaan tarikh muat naik kertas kerja itu, menunjukkan bahawa terdapat peluang yang tinggi ia telah diubah dan backdated.

Sumber:

https://cryptoslate.com/craig-wright-caught-lying-falsifying-documents-again/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads