Samsung Integrasi Bitcoin ke dalam Wallet Blockchain
Konglomerat Korea Selatan Samsung, akhirnya telah integrasi Bitcoin kepada Blockchain Keystore Software Development Kit (SDK), mengesahkan ciri itu akan ditambah kepada Galaxy Note 10 terbarunya.
Berita itu pada awalnya dikeluarkan pada 14 Ogos, melalui siaran “Samsung Developers” bersama-sama pengesahan sokongannya untuk Klaytn kakao, platform blockchain Kakao Messenger Korea Selatan. Integrasi ini akan menambah baik kesesuaian blockchain.
Samsung Blockchain Wallet pada awalnya dibangunkan dengan cara integrasi hanya pada Ethereum dan token ERC20 yang berkaitan. Mulai kini, semua aplikasi yang dibangunkan melalui kit itu akan boleh mengambil kesempatan terhadap Bitcoin, Ethereum dan token Klay Klaytn.
SDK itu boleh didapati untuk beberapa model S10 (S10e, S10, S10+ dan S10 5G), dan juga model Note10 dan Note10+ yang menyokong 33 jenis matawang kripto termasuk BTC, ETH, BAT, MKR, dan NPXS. Bersama-sama dengan matawang kripto utama, wallet itu juga menyokong aplikasi desentralisasi (DApps) yang tersenarai di Galaxy Store.
Menurut laporan itu, salah satu DApps terbaru di Galaxy Store berkaitan dengan matawang kripto Dent. Aplikasi itu membolehkan pengguna bertukar-tukar data mobile melalui Paypal atau matawang kripto tanpa sekatan sempadan.
Namun begitu, buat masa ini perkhidmatan ini hanya boleh didapati di Kanada, Jerman, Korea Selatan, Sepanyol, Switzerland, AS dan UK. Tetapi tidak lama lagi wallet itu akan boleh didapati di kawasan lain.
Samsung adalah salah satu syarikat yang mengetuai teknologi berkaitan inovasi dalam ruangan blockchain. Selain daripada Blockhain Wallet, pada tahun 2019 Samsung telah membuat pelbagai pengumuman berkaitan blockchain, menandakan kesukaan gergasi teknologi itu kepada blockchain. Seperti yang dilaporkan BTCManager pada 17 Jun, syarikat itu mempertimbangkan untuk mengeluarkan token digital “Samsung Coin” berdasarkan blockchain Ethereum.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!