Bitwala Jerman Melancarkan Aplikasi Bank Bitcoin Mobile Semua-dalam-Satu
Pada 29 Ogos, startup perbankan berdasarkan blockchain yang beroperasi di Jerman, Bitwala mengumumkan pelancaran aplikasi smartphone untuk perbankan Bitcoin di iOS dan Android. Pengguna dari lebih 30 negara Eropah kini boleh membuka akaun bank Jerman dengan wallet dan platform perdagangan Bitcoin yang telah diintegrasi.
Proses pendaftaran untuk pelanggan baru telah diintegrasi secara langsung ke dalam aplikasi itu. Ia menggunakan ciri kenal pasti video, dimana penduduk di seluruh European Economic Area boleh mengesahkan identiti mereka dan membuka akaun dalam beberapa minit. CTO Bitwala Benjamin James menerangkan:
“Sebaik sahaja anda mempunyai akaun, anda boleh integrasi aktiviti perbankan harian anda secara mudah sama ada dalam Bitcoin atau Euro – ke dalam kehidupan harian anda.”
Akaun itu datang dengan debit Mastercard percuma, dan deposit euro sehingga €100,000 ($110,100) akan dilindungi oleh skim jaminan deposit Jerman.
Wallet Bitcoin yang diintegrasi berfungsi seperti perbankan online konvensional. Dari segi ini, ianya berbeza dengan akaun di bursa pertukaran matawang kripto kerana ia boleh digunakan untuk menjaga kewangan harian.
Pengguna boleh membeli dan menjual Bitcoin secara langsung dari akaun bank mereka. Wallet itu mempunyai fungsi P2P untuk memindahkan Bitcoin kepada kawan-kawan dan keluarga, dan transaksi boleh disahkan menggunakan biometrik. Private key dipegang oleh pelanggan setiap masa.
CFO Bitwala, Cristoph Iwaniez, bercakap tentang keselamatan akaun:
“Dengan Bitwala, Bitcoin anda dimasukkan secara langsung ke atas Blockchain melalui multi-signature wallet. Ini adalah satu cara lain untuk mengatakan bahawa menggodam Bitwala adalah tidak berguna sepertimana menggodam blockchain itu sendiri dan bahawa pelanggan kami mengawal Bitcoin wallet mereka sepenuhnya pada setiap masa.”
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/germanys-bitwala-launches-all-in-one-mobile-bitcoin-bank-app
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!