Default – Above Header Ads

Retailer Terbesar Switzerland akan Menjejak Barangan Runcit di TE-FOOD Blockchain

Jika anda tinggal di Switzerland, teknologi blockchain boleh menjadi sebahagian daripada aktiviti beli-belah anda. Migros, peruncit terbesar Switzerland, akan implementasi “sistem penjejakan berdasarkan blockchain” untuk menjejak bahan segar. Sistem baru ini akan membantu syarikat itu memantau bekalan rantaiannya, menjejak buah-buahan dan sayur-sayuran dari pembekal sehingga ke kaunter kedai runcit.

Walaupun banyak syarikat makanan sudah menggunakan teknologi blockchain untuk ketelusan bekalan, Migros mencari untuk mengoptimum untuk “peredaran yang lebih cepat dan mengurangkan pembaziran makanan.” Ini masuk dengan baik ke dalam inisiatif terbaru European Food Safety Authority (ESFA) untuk mengurangkan pembaziran makanan dan menambah baik keselamatan makanan.

TE-FOOD, teknology yang menawarkan “penjejakan dari ladang ke meja makan di blockchain” akan menghantar semua data bekalan rantaian yang relevan. Sistem ini menawarkan “pengetahuan yang lebih mendalam kepada bekalan rantaian,” menurut syarikat itu, membolehkan pemanggilan kembali produk yang lebih cepat, pematuhan yang lebih mudah dengan kawal selia import, dan mengurangkan kerosakan produk.

Menurut laman web mereka, TE-FOOD kini digunakan untuk menjejaki produk untuk lebih 6,000 pelanggan perniagaan mereka, dengan lebih 400,000 operasi setiap hari. Syarikat itu melancarkan ICO bernilai $19 juta pada bulan Februari 2018.

Data penjejakan kini akan “diubah secara otomatik” kepada format leagsi dan diintegrasi dengan sistem data Migros yang sedia ada. Syarikat itu berkata projek itu menyediakan “use case yang menarik untuk penjejakan, dan bermatlamat untuk membekalkan nilai yang signifikan kepada Migros dan rakan kongsi bekalan rantaian mereka.”

Ditubuhkan pada tahun 1925, Migros adalah badan kooperasi dengan 100,000 pekerja dan lebih dari dua juta ahli. Sebagai majikan persendirian terbesar Switzerland, badan itu menjalankan pelbagai perniagaan runcit, termasuk “pasar raya, restoran, pengeluar makanan, stesen minyak, kedai runcit, kedai buku, dan bank kelima terbesar di Switzerland, termasuk usaha lain.”

Sumber:

https://cryptobriefing.com/swiss-migros-tracks-groceries-te-food-blockchain/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads