Twitter Jack Dorsey telah Digodam, Menekankan Kepentingan 2FA untuk Pemegang Bitcoin
Jika CEO kepada syarikat bernilai berjuta dollar boleh digodam, sudah pasti anda pun boleh juga. Dalam sejam selepas akaun Twitter Jack Dorsey digodam, beberapa bukti telah keluar dalam bentuk kata-kata kasar daripada akaunnya.
Twitter Comms, siaran komunikasi rasmi untuk platform media sosial itu telah mengiktiraf godaman itu.
We're aware that @jack was compromised and investigating what happened.
— Twitter Comms (@TwitterComms) August 30, 2019
Dalam respon kepada berita itu TWTR telah jatuh 0.164 peratus, menghilangkan $53 juta daripada pasaran kapital syarikat itu. Walaupun begitu, harga saham syarikat itu dengan cepat telah pulih.
Sementara itu, reputasi Twitter tidak begitu bernasib baik. Platform itu kecoh dengan orang ramai mengetawakan kecuaian Jack Dorsey kerana membiarkan akaunnya digodam.
I feel bad for Jack Dorsey but this is what happens when your entire staff goes to Burning Man
— Tom Gara (@tomgara) August 30, 2019
If the Twitter CEO’s account can be hacked, then none of us is safe. What a shxxshow!https://t.co/ae2csPLmmf
— Laurence Tribe (@tribelaw) August 30, 2019
Insiden Dorsey ini menekankan keperluan keselamatan yang cukup, lebih-lebih lagi bagi mereka yang berisiko tinggi untuk digodam. Ahli politik, eksekutif media sosial, dan pemegang matawang kripto semuanya adalah orang yang perlu menekankan aspek keselamatan.
Seperti yang dikatakan influencer keselamatan info Ray [Redacted]:
Just a quick reminder: multi-factor authentication should be used everywhere. Even Twitter. pic.twitter.com/sG4ztxLIMa
— Ray [REDACTED] (@RayRedacted) August 30, 2019
Kesenangan untuk mencairkan dan memindahkan matawang kripto telah membawa kepada pertumbuhan dalam bilangan penggodam. Ransomware, pengambilan akaun, dan cryptojacking semakin berleluasa dalam komuniti kripto.
Bagi pemegang Bitcoin yang menggunakan bursa pertukaran, seperti Coinbase dan binance, menggunakan 2FA adalah sangat kritikal. Apabila dibolehkan, penggodam bukan sahaja perlu mengambil kata laluan pengguna tetapi juga alat lain, seperti telefon bimbit.
Sumber:
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!