Default – Above Header Ads

ArtBloc Korea Selatan akan Menjual Seni David Hockney melalui Blockchain

ArtBloc, projek blockchain yang fokus kepada seni yang beroperasi di Korea Selatan akan menjalankan penjualan lukisan oleh pelukis British popular David Hockney.

ArtBloc merancang untuk menganjurkan acara khas untuk memperkenalkan penjualan pemilikan pecahan berdasarkan blockchain dua lukisan David Hockney itu di Seoul pada 19 September, menurut laporan media tempatan KoreaTechDesk pada 29 Ogos.

“Hockney Night with ArtBloc” juga akan menjadi majlis pelancaran ArtBloc, di mana peminat seni boleh melihat hasil daripada Hockney yang dilaporkan tidak pernah dipaparkan di Korea Selatan sebelum ini.

Pemilikan pecahan seni adalah cara menjual sesuatu dengan cara membahagikannya. Menurut kepada laporan itu, pemilikan itu boleh mengurangkan beberapa masalah yang berkaitan dengan pelaburan seni, kerana seseorang tidak perlu mendapatkan hasil seni fizikal untuk menjana keuntungan.

Bermula pada Mac 2019, ArtBloc adalah projek blockchain yang dikatakan bertujuan untuk membantu pelukis mendapatkan pembayaran yang adil untuk hasil seni mereka dan juga menyelesaikan isu berkenaan pasaran seni. Platform blockchain ArtBloc ingin membantu pelabur membuat keputusan pelaburan berdasarkan ulasan seni, senarai transaksi dan rekod pameran seni itu untuk membeli pecahan pemilikan hasil seni itu.

Menurut kepada whitepaper startup itu, ArtBloc merancang untuk menjalankan beberapa projek, termasuk pendaftaran data ArtBloc Hub dan ArtBloc marketPlace, di mana pemilikan hasil seni akan ditokenisasi, dikeluarkan, disenaraikan dan didagangkan. Menurut syarikat itu, ArtBloc MarketPlace adalah entiti sah dengan hak untuk mengeluarkan token pemilikan yang dikenali sebagai Art Backed Tokens (ABT), yang akan melambangkan pemilikan pecahan seni yang akan dijual secara individu kepada pelabur.

Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada sebelum ini, satu Lamborghini Aventador S yang unik yang diubah suai telah disahkan melalui projek pilot menggunakan Salesforce Blockchain untuk melindungi kereta itu sebagai hasil seni.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/south-korean-artbloc-to-sell-david-hockney-paintings-via-blockchain

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.