Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Salesforce Blockchain Mengesahkan Lamborghini yang Dicat dengan Street Art

Satu Lamborghini Aventador S yang unik yang dicat dengan street art telah dipamerkan di 2019 Monterey Car Week di California pada 15 hingga 18 Ogos. Kenderaan itu adalah Lamborghini pertama yang disahkan melalui projek pilot menggunakan Salesforce Blockchain untuk melindungi kereta itu sebagai hasil seni.

Aventador S itu melambangkan gabungan seni automotif Lamborghini, ditambah lagi dengan street art pelukis popular, Skyler Grey. Grey yang berumur 19 tahun itu adalah salah satu artis termuda untuk dipaparkan di museum dan karnival seni antarabangsa. Dia juga telah masuk ke dalam senarai Forbes “30 under 30” artis paling berpengaruh pada tahun 2017.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi di Lamborghini, Katia Bassi, berkata:

“Disebabkan kami suka dengan dunia seni, kami ingin eksperimen dengan pendekatan kreatif yang baru, memberi kepercayaan kepada Skyler Grey dengan interpretasi kereta yang sendiri itu adalah hasil seni.”

Lamborghini sudah lama dikaitkan dengan Bitcoin. Ia adalah pembelian paling digemari sesiapa yang telah mencecah kekayaan dengan Bitcoin, dan dipamerkan dalam meme “When Lambo?” oleh mereka yang menanti untuk kaya.

Kereta itu adalah projek pilot yang dipanggil “Lamborghini Sicura” atau (“Safe”). Ia telah menjalani proses pengesahan ketulenan, menggunakan Salesforce Blockchain untuk Menjamin integriti dan keselamatan data.

Sistem itu bertujuan untuk melindungi terhadap pemalsuan, dan juga mengesahkan semua maklumat berkaitan kenderaan itu. Ia juga akan menjamin kenaikan nilai untuk semua pemegang kepentingan.

Sejak dilancarkan pada bulan Mei, Salesforce Blockchain telah melihat pelbagai use case, termasuk merekod rekod akademik oleh Arizona State University.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/salesforce-blockchain-certifies-first-ever-artwork-painted-lamborghini

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.