Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Jumlah Bitcoin Futures CME naik 130% YTD Menunjukkan Perhatian Institusi

Bitcoin futures Chicago Mercantile Exchange mencapai rekod jumlah perdagangan baru. Dengan purata 7,237 kontrak setiap hari, perkembangan itu melambangkan 132 peratus peningkatan dari tempoh yang sama tahun lalu – jelas menunjukkan perhatian institusi yang bertambah untuk BTC.

Sejak pertengahan bulan Disember 2018, Bitcoin telah memasuk larian bull yang membawa harganya naik melebihi 300 peratus. Dari serendah $3,130 BTC sehingga hampir $14,000 pada 26 Jun. Harga Bitcoin yang melepasi rintangan $6,000 pada bulan May adalah masa yang sangat penting untuk industri, dan untuk CME.

Bulan ini, minat telah berterusan berkembang dari pelabur institusi. CME telah mencapai bulan kejayaan untuk Bitcoin futures, menurut Tim McCourt, pengarah urusan CME Group dalam temubual dengan Forbes.

“[Pada bulan Mei, Bitcoin futures] telah berdagang dengan purata lebih daripada 13,600 kontrak setiap hari, bersamaan kepada ~$515 juta dalam nilai nominal ataupun 68,000 Bitcoin. Pada 13 May, BTC berdagang dengan rekod jumlah satu-hari sebanyak 33,677 kontrak (bersamaan 168,000 Bitcoin atau nilai nominal sebanyak $1.3 billion,” menurut McCourt.

Ketua global indeks ekuiti dan produk pelaburan alternatif di CME percaya bahawa “ini adalah masa yang mengujakan untuk Bitcoin futures” dan untuk keseluruhan industri matawang kripto.

“Terdapat banyak minat pelabur dalam matawang kripto, dan juga minat yang bertambah dalam pelbagai aplikasi matawang kripto dan teknologi blockchain. Ia menarik untuk melihat bagaimana pasaran baru ini terus berkembang dan berskala,” menurut McCourt lagi.

Tidak kira hala tuju pasaran, CME Group nampaknya komited untuk terus menyediakan produk berkaitan kripto dan juga peralatan pendidikan kepada pelanggan, membolehkan mereka membuat keputusan strategik yang lebih baik.

Walaupun Tim McCourt tidak memberi komen tentang impak penyelesaian CME Bitcoin futures terhadap pasaran matawang kripto, ramai penganalisa dalam komuniti kripto percaya ianya mempengaruhi harga Bitcoin. Malah, terdapat mereka, seperti Josh Olszewicz, yang percaya bahawa ia adalah pemangkin utama untuk pasaran bear yang Bermula pada Disember 2017.

Olszewicz baru-baru ini menerangkan bahawa terdapat korelasi rapat antara tarikh tamat kontrak futures CME dan pergerakan harga BTC.

Sumber:

https://cryptoslate.com/cme-bitcoin-futures-volume-130-ytd/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads