Default – Above Header Ads

1.4 juta Peranti Point-of-Sale Brazil untuk Menyokong Pembayaran Kripto

Cielo, pembekal pemprosesan pembayaran terbesar di Brazil, telah menunjukkan sokongan untuk pembelian Bitcoin dan matawang kripto di peranti point-of-sale (PoS).

Menurut laporan daripada Cointelegraph Brazil pada 30 Ogos, pengguna boleh membuat pembyaran kripto melalui peranti Cielo PoS dengan kod QR. Mesin PoS akan menjana kod QR untuk pembayaran, dan pelanggan akan menggunakan telefon pintar mereka untuk mengimbas kod dan membuat pembayaran. Pelanggan juga dilaporkan perlu memegang sama ada akaun dengan Uzzo ataupun Criptohub – rakan rangkaian Cielo – untuk membuat pembayaran.

Presiden Cielo Paulo Caffarelli berkata bahawa rakan kongsi bank mereka, termasuk Bradesco, menyokong penawaran pembayaran kripto baru itu. Tambahan lagi, Cielo mungkin akan mula menyokong pembayaran kripto yang tidak memerlukan mesin PoS pada bulan Oktober, menurut laporan itu. Sebaliknya, cara pembayaran ini akan mengunakan aplikasi mobile Cielo untuk menjana kod QR.

Menurut data syarikat itu, Cielo menjalankan 1.4 juta peranti PoS, yang diagihkan ke 5,500 daerah dalam negara itu.

Menurut Cointelegraph Brasil, bank komersial Brazil Banco Inter mengumumkan bahawa ia akan melancarkan sistem pembayaran kripto yang tidak bergantung kepada mesin PoS. Perkhidmatan ini akan boleh didapati melalui aplikasi mobile dan dilaporkan tidak memerlukan pengguna membuka akaun di Banco Inter.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini oleh Cointelegraph, startup kripto Pundi X baru-baru ini mendapatkan urus janji untuk mengedar peranti PoS syarikat itu, XPOS, di seluruh Venezuela di outlet pasar raya Traki. CEO Pundi X Zac Cheah berkata:

“Traki antara pengguna terawal matawang kripto di Venezuela, yang menekankan komitmennya untuk menambah baik sistem kewangan tradisional […] Kami berharap XPOS akan mengembangkan use case kripto yang dijangka oleh pelanggan dari Traki.”

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/14-million-brazilian-point-of-sale-devices-to-support-crypto-payments

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.