Empat daripada Lima Penjana Kod QR Teratas Bitcoin adalah Scam
Empat daripada lima keputusan yang dipaparkan apabila membuat carian Google untuk “bitcoin qr generator” telah menuju kepada laman web scam.
Wallet matawang kripto ZenGo menulis kajian itu dalam terbitan blog pada 29 Ogos. Menurut laporan itu, apabila menyelidik sebelum implementasi sokongan Kod QR ke dalam wallet mereka, ZenGo telah mempelajari tentang scam penjana Kod QR. Syarikat itu menjelaskan bagaimana scam itu berjalan:
“Laman web ini menjana kod QR yang mengandungi alamat yang dikawal oleh penipu, dan bukannya yang diminta oleh pengguna, menyebabkan semua pembayaran dihantar kepada penipu melalui kod QR ini.”
Kod QR adalah cara untuk berkongsi data (dalam kes ini public key) dengan cara yang visual yang boleh diimbas dengan peranti yang mempunyai kamera – selalunya telefon pintar. Kod seperti ini dipercayai oleh ramai orang sebaga cara paling mudah untuk berkongsi alamat wallet apabila membuat urusan – dalam transaksi pembelian, contohnya – kerana untuk mengelak daripada menaip urutan abjad/huruf yang panjang.
Semasa penyiasatan mereka, penyelidik ZenGo menjumpai bahawa sesetengah scam telah menukar alamat yang terdapat dalam clipboard kepada alamat scam. Yang lain pula telah mengubahsuai alamat scam untuk menjadi format yang sama dengan alamat yang diberikan oleh pengguna. Akhir sekali, syarikat itu telah menyatakan bahawa scam seperti itu berjaya:
“Menjumlahkan baki daripada alamat scam yang kami pantau, kami jumpai scam yang bernilai dalam $20k. Namun begitu, itu bukanlah yang paling teruk, kerana kemungkinan besar penipu sentiasa menukar alamat mereka untuk mengelak daripada dijejak dan disenarai hitam.”
Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Julai, Kementerian Kehakiman Korea Selatan menganggarkan bahawa jenayah berdasarkan matawang kripto telah menyebabkan kerugian kewangan sebanyak 2.89 trillion won (dalam $2.28 bilion) antara Julai 2017 dan Jun 2019.
Sumber:
https://cointelegraph.com/news/four-out-of-five-top-bitcoin-qr-code-generators-are-scams-report
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!