Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

University of Gibraltar dan Huobi akan Bekerjasama untuk Pendidikan Blockchain

University of Gibraltar dan Huobi University, institusi pendidikan teknologi blockchain di China, di bawah naungan Huobi Group, pembekal bursa pertukaran aset digital global, telah mengumumkan penandatangan Memorandum of Understanding (MoU) untuk meneroka pembangunan pendidikan blockchain dan inisiatif penyelidikan.

Albert Isola MP, Menteri Usahawan Gibraltar, telah menyerahkan dokumen bagi pihak University of Gibraltar secara rasmi kepada Jianing Yu, Presiden Huobi University, semasa lawatannya ke Beijing pada 6 September.

Perjanjian itu bertujuan untuk mempromosi kerjasama dalam pendidikan, penyelidikan akademik, pembangunan dan kolaborasi program akademik, bersama-sama dengan penciptaan dan penyampaian kursus pendek dalam sektor penting termasuk blockchain, teknologi kripto dan fintech.

“Kami sangat teruja dengan prospek kolaborasi masa hadapan antara Huobi University dan University of Gibraltar, khususnya sebagai cara untuk mempercepatkan penubuhan inisiatif pendidikan berkualiti tinggi yang fokus kepada blockchain. Kedua-dua pihak berkongsi cita-cita untuk mempromosi penyelidikan akademik berperingkat tinggi dalam sektor DLT, dan saya menanti visi ini untuk terbentuk.”

Huobi University ditubuhkan di Beijing pada tahun 2013. Dengan operasi yang ditubuhkan di seluruh dunia, Huobi adalah salah satu bursa pertukaran terbesar yang beroperasi dalam industri blockchain dan telah menubuhkan kumpulan perkhidmatan pematuhan di seluruh dunia untuk memastikan pendekatan mesra pengguna.

“Huobi University adalah institusi penyelidikan dan pendidikan yang fokus kepada bidang seperti model perniagaan teragih yang baru, aplikasi teknologi blockchain dan sistem kewangan digital baru. Matlamatnya adalah untuk melahirkan usahawan dan pelabur hebat dalam bidang blockchain. Huobi University telah pun menyampaikan kursus di China, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan, dan telah melatih lebih 1,000 elit industri blockchain. Kerjasama strategik dengan University of Gibraltar adalah langkah penting ke arah internalisasi Huobi University, dan kedua-dua pihak akan melancarkan satu siri kursus Bahasa Inggeris untuk usahawan dan pelabur diseluruh dunia di masa hadapan,” menurut Presiden Huobi University.

Pada bulan Jun, Albert Isola telah menghadiri dan menyampaikan ucapan pendahuluan di seminar blockchain yang dianjurkan oleh Huobi Group di Beijing. Acara ‘Discover Gibraltar with Huobi’ membekalkan peseta pengetahuan lebih mendalam tentang ekosistem DLT Gibraltar yang semakin berkembang dan suasana pengawalseliaan yang menyokong pembangunan teknologi blockchain.

Sumber:

https://www.cryptoninjas.net/2019/09/06/university-of-gibraltar-and-huobi-to-cooperate-on-blockchain-education/

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.

Default – Between Post Ads