Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Pemproses Pembayaran Stripe Melancarkan Perkhidmatan Peminjaman untuk Syarikat Atas Talian

Pemproses pembayaran atas talian Stripe mengumumkan pelancaran perkhidmatan peminjaman Stripe Capital untuk perniagaan internet di Amerika Syarikat.

Pada 5 September, Stripe mengumumkan pelancaran itu di terbitan blog, menyatakan bahawa – selepas diluluskan – akses kepada dana akan diberikan keesokan harinya. Sidang media itu menyatakan:

“Integrasi Stripe Capital sepenuhnya dengan Stripe bermakna tiada lagi aplikasi yang panjang, kelayakan akan ditentukan dengan cepat, dana akan masuk ke dalam akaun pengguna Stripe keesokan harinya, dan perniagaan akan dapat membayarnya sambil menerima pendapatan. […] Selain daripada berkhidmat untuk pengguna Stripe secara langsung, Stripe juga akan memanjangkan Stripe Capital kepada rakan kongsi platform (seperti pembina kedai online dan syarikat B2B SaaS), membolehkan mereka menawarkan pengguna perniagaan mereka akses kepada pembiayaan pintar.”

Ia juga dinyatakan bahawa algoritma Stripe Capital mempertimbangkan “beratus isyarat relevan untuk setiap perniagaan, termasuk jumlah pembayaran, peratusan pelanggan yang berulang, frekuensi pembayaran, dan pertukaran dalam perkembangan pendapatan.” Menurut pengumuman itu, pembayaran semula adalah otomatik dengan peratusan tetap penjualan harian dan tiada caj faedah berulangan atau caj kelewatan.

Syarikat itu menjelaskan lagi bahawa akses kepada perkhidmatan itu tidak terhad kepada perniagaan yang dijalankan di atas Stripes secara langsung dan platform lain juga boleh menawarkan akses kepada kapital kepada pengguna perniagaan mereka. Ketua pegawai produk firma itu, Will Gaybrick, menyatakan kepentingan memberi akses ke dana kepada perniagaan kecil:

“Ia sangat penting untuk memikirkan tentang inklusi kewangan bukan sahaja dari segi pengguna, tetapi juga dari segi perniagaan. Perniagaan, terutamanya perniagaan kecil dan startup, adalah enjin untuk penciptaan kerja dalam ekonomi kita. Ia sepatutnya mudah dan cepat untuk mereka akses kapital yang diperlukan untuk melancarkan aliran tunai mereka dan melabur dalam perkembangan mereka sendiri.”

Syarikat itu juga merupakan salah satu rakan kongsi dalam projek matawang kripto Facebook, Libra. Seperti yang dilaporkan Cointelegraph pada bulan Januari, Stripes mengumumkan keputusan yang kontroversial untuk menarik kembali sokongan Bitcoin kerana yuran yang tinggi dan menamakan beberapa altcoin lain sebagai alternatif.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/payments-processor-stripe-launches-lending-service-for-online-companies

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.