Default – Above Header Ads

Kajian: Blockchain dalam Pasaran Penjagaan Kesihatan akan Melepasi $1.6 bilion Menjelang 2025

Nilai teknologi blockchain dalam pasaran penjagaan kesihatan dijangka akan melepasi $1.6 bilion menjelang 2025, menurut firma perunding dan penyelidik pasaran global, Global Market Insights.

Dalam sidang media yang diterbitkan pada 9 September, Global Market Insights menganggarkan bahawa blockchain dalam pasaran penjagaan kesihatan akan berkembang kerana beberapa faktor seperti implementasi inisiatif kerajaan dan menambah pelaburan dalam bidang itu.

Pemeriksaan keputusan perubatan, kebolehoperasian data kesihatan dan pengurangan kos komponen akan lebih mempengaruhi penggunaan blockchain, berdasarkan pemerhatian. Syarikat itu menyatakan dalam sidang media itu:

“Penambahan kesedaran tentang implementasi teknologi blockchain dan inisiatif kerajaan untuk penyelarasan data dan skalabiliti operasi dalam pengurusan data akan membawa kepada perkembangan industri dalam tahun-tahun akan datang.”

Untuk segmen pembayar penjagaan kesihatan dalam blockchain dalam pasaran penjagaan kesihatan pula, Global Market Insights meramalkan bahawa ia boleh melihat CAGR sebanyak 65.7% menjelang 2025. Bahagian pasaran ini dijangka akan berkembang kerana penggunaan meluas teknologi blockchain untuk menambah baik unit kecemasan dan keputusan kajian klinikal.

Kajian Global Market Insights menyamai maklumat dari firma teknologi maklumat Acumen Research and Consulting pada pertengahan bulan Julai. Pada waktu itu, firma itu mencadangkan bahawa jumlah pelaburan dalam blockchain dalm pasaran jagaan kesihatan seluruh dunia akan mencapai lebih daripada $1.7 bilion menjelang 2026, dengan CAGR sebanyak 48.1 %.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kerajaan Uganda telah bekerjasama dengan startup blockchain MediConnect untuk menjejak dadah palsu dalam negara itu. Platform MediConnect yang berdasarkan blockchain membolehkan pendaftaran ubat preskripsi, jadi boleh mengenal pasti dadah palsu dan menghalang peredarannya dalam rantaian bekalan farmaseutikal.

Pada bulan Julai, startup jagaan kesihatan blockchain Solve.Care bekerjasama dengan Uber Health untuk penghantaran pesakit. Aplikasi ini membolehkan pesakit menjadualkan Uber Health, yang dikatakan mematuhi Health Insurance Portability and Accountability Act of 1996.

Sumber:

https://cointelegraph.com/news/study-blockchain-in-healthcare-market-to-surpass-16-billion-by-2025

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.