BitPay Membolehkan Klien Menerima Ethereum
Diumumkan pada 16 September 2019, klien BitPay akan dibenarkan untuk menerima pembayaran Ethereum untuk barangan dan perkhidmatan atas talian. Sidang media dari BitPay menyatakan bahawa integrasi ini akan membolehkan “pengguna wallet menyimpan dan menggunakan Ethereum dari wallet BitPay dan pemegang kad prabayar visa BitPay akan boleh topup kad debit mereka.”
CEO BitPay Stephern Pair memanggil integrasi ETH itu sebagai “pilihan logik seterusnya” dalam komen ketika sidang media itu.
Vitalik Buterin menyatakan keterujaannya untuk integrasi itu dengan menyatakan bahawa langkah ini “membuka satu dunia baru yang penuh kemungkinan untuk ekosistem Ethereum”, khususnya dari segi membina use case dunia sebenar untuk kelas aset ini.
Soon BitPay merchants will be able to accept Ether payments from #Ethereum users around the world: https://t.co/2nXIDhIN6y #ETH pic.twitter.com/IyqHnxpo1F
— BitPay (@BitPay) September 16, 2019
Ini adalah perisitwa yang positif untuk Ethereum. Sebelum ini, seperti yang dilaporkan, gergasi perbankan Sepanyol Santander menyatakan ia telah menyelesaikan bon bernilai $20 juta melalui token ERC20, yang melambangkan tunai dalam jagaan, di atas blockchain Ethereum. Seperti yang dilaporkan CoinDesk:
“Sebelum ini, World Bank mengeluarkan bon blockchain yang sama tetapi menggunakan versi Ethereum yang lebih tertutup. Peminjam Perancis Societe Generale mengeluarkan bon pada awal tahun ini di rangkaian Ethereum awam tetapi tidak berkata apa-apa tentang wang tunai di atas lejar.”
Seorang eksekutif Santander inisiatif perbankan digital kemudiannya memuji transaksi pilot itu, menyatakan bahawa dia melihat nilai dalam menyelesaikan bon di atas blockchain terbuka seperti Ethereum.
Sumber:
https://en.ethereumworldnews.com/bitpay/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!