Default – Above Header Ads
Default – Below Header Ads

Blockchain untuk Praktis Beretika Mengumpul $4 juta dalam Pusingan Dana

Satu startup blockchain untuk pengurusan rantaian bekalan beretika baru sahaja mengumpul $4 juta dalam satu pusingan dana.

OpenSC, join venture antara Boston Consulting Group dan kumpulan pemeliharaan alam sekitar World Wide Fund, mengumumkan pada 16 September bahawa ia telah mendapat $4 juta dana dari pelabur Chrisitan Wenger. OpenSC menggunakan teknologi blockchain untuk menjejak barangan untuk praktis yang tidak beretika.

Kapital itu akan digunakan untuk membangunkan rantaian bekalan berdasarkan blockchain seperti overfishing dan pelanggaran hak manusia, CEO akan datang OpenSC Markus Mutz memberitahu CoinDesk. Dengan dana itu, Mutz meninggalkan peranannya sebagai pengarah di BCG Digital Ventures untuk menjadi CEO sepenuh masa di OpenSC.

Pusingan dana itu datang selepas projek pilot antarabangsanya dengan Austral Fisheries, salah satu syarikat makanan laut terbesar dunia. OpenSC membantu Austral memantau proses perikanan Patagonian Toothfish – yang lebih dikenali sebagai Chilean sea bass.

Syarikat perikanan itu mengumpul data daripada GPS kapal nelayan dan meletak lokasi penangkapan ikan ke dalam platform blockchain melalui algoritma yang otomatik.

Pemborong dan pelanggan diseluruh rantaian bekalan boleh mempelajari dari mana ikan ditangkap dan siapa yang menangkapnya dengan mengimbas kod QR di atas produk itu, menurut Mutz. Platform blockchain itu akan menambah ketelusan antara pembekal dan pelanggan di sepanjang rantaian bekalan supaya ia lebih mudah untuk memantau keseluruhan proses itu.

Mutz berkata syarikat itu juga akan bekerja dengan Nestle untuk menjejak produk susu syarikat itu dari peladang di New Zealand ke pelanggan di Timur Tengah dan minyak kelapa daripada Americas.

Projek Nestle itu akan menggunakan teknologi blockchain OpenSC kepada rantaian bekalan berskala besar, yang akan menjadi model untuk syarikat besar lain, katanya lagi.

Sumber:

https://www.coindesk.com/blockchain-for-ethical-practices-raises-4-million-in-seed-funding

===

Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.