Default – Above Header Ads

Cosmos Ingin Menjadi “Internet of Blockchains”

Umum peminat dunia kripto akan mengetahui bahawa dunia kripto sudah dipenuhi berbagai-bagai jenis token dan blockchain, sama ada yang betul-betul berguna dan berpijak di atas projek yang kukuh ataupun hanya sebagai “wayang” untuk penipuan dan pemerdayaan.  Di Coinmarketcap sahaja sudah menyenaraikan sebanyak 2955 jenis mata wang kripto, yang wujud di pelbagai jenis blockchain. Dengan wujudnya pelbagai jenis blockchain ini, apa gunanya diwujudkan lagi blockchain-blockchain baru?

Jika kita ibaratkan semua jenis blockchain yang pelbagai ini sebagai satu server yang terasing dan hanya dapat digunakan secara setempat, yang setiap satu server ini menawarkan perkhidmatan yang khusus. Kita kini memerlukan satu “penghubung” untuk menyatukan semua jenis blockchain yang pelbagai ini supaya semua blockhain ini dapat digunakan secara meluas. Maka di sinilah wujudnya projek Cosmos, yang ingin menjadi “Internet Blockchain”.

Cosmos adalah projek blockchain untuk menambahbaikkan kebolehgunaan antara blockchain, yang akan menjadi penghubung antara blockchain. Cosmos telah dirancang semenjak 2016 lagi, dan ICOnya telah diadakan pada 6 April 2019, dan memperolehi ETH, BTC, dan USD bernilai AS $ 17.3 juta. Rangkaian Cosmos ini dibina oleh Tendermint Inc, syarikat berasaskan keuntungan yang membangunkan teknologi untuk sumber kod Cosmos. Token bagi Cosmos adalah ATOM.

Cosmos mempunyai jumlah penawaran token sebanyak 237,928,231 ATOM. Lebih $ 40 juta ATOM didagangkan setiap hari, dan harga puncak token Atom ini ialah $ 8.31 pada 16 Mac, 2019. Kira-kira 75 peratus daripada bekalan token ATOM dijual di ICO, dengan 5 peratus disimpan untuk pelabur awal, dan 10 peratus masing-masing dipegang oleh All in Bits dan Yayasan Interchain.

ATOM tidak dilombong. Sebaliknya, ia diperoleh melalui algoritma hibrid Proof-of-Stake (PoS). Lebih banyak ATOM, lebih banyak kemungkinan untuk ia menjadi nod ‘validator’ untuk mengesahkan transaksi dan memperoleh token, walaupun ia juga mungkin untuk mewakili token anda dan menerima sebahagian daripada ganjaran.

Mainnet Cosmos in telah dilancarkan secara rasmi pada 14 March 2019.

Struktur Cosmos Network

Tujuan utama Cosmos adalah untuk membolehkan semua blockchain berbicara dan berkomunikasi sesama mereka. Untuk mewujudkan visi ini, 2 teknologi utama telah dibina oleh Tendermint Inc, iaitu Tendermint Core dan juga Inter-Blockchain Communications (IBC). Penggunaan dua teknologi inilah yang membentuk Cosmos Network.    

  1. Core Tendermint – Tendermint adalah lapisan asas sumber terbuka yang berfungsi sebagai platform pembangunan blockchain. Sesiapa yang mempunyai aplikasi boleh menggunakan pelaksanaan ”blockchain-in-a-box” ini untuk mengintegrasikan rangkaian terdesentralisasi yang dibina sendiri.
  1. Inter-Blockchain Communications (IBC) – Lapisan seterusnya adalah lapisan “interconnectivity” yang membolehkan komunikasi antara semua rantaian individu. Ini mewujudkan satu siri zon dan hub yang saling berkaitan yang bertindak secara bebas, namun berkongsi senibina sistem yang sama. Ini adalah lapisan utama untuk token, data, dan pertukaran aset digital merentas rantaian blockchain.

Dengan gabungan dua elemen ini, pemprosesan dan pengesahan akan membolehkan Cosmo Network berfungsi.

Rumusan

Cosmos dan Tendermint adalah rangkaian penghubung antara blockchain, dan akan menjadi asas bagi teknologi blockchain masa hadapan. Ia membolehkan penciptaan dan penggunaan blockchain yang mudah dengan keserasian merentasi blockchain. Kejayaan projek ini bergantung pada faktor utama di bawah ini.

  • Cosmos adalah rangkaian dua-lapisan yang membolehkan pertukaran kod, data, dan aset antara blokchain. Setiap rangkaian di blockchain masih beroperasi secara berasingan.
  • Cosmos Hubs mengesahkan transaksi urus niaga dan memperolehi ATOM melalui “staking”.
  • Blockchain baru dibuat menggunakan Cosmos SDK dan Tendermint Core kemudian dihubungkan melalui lapisan IBC.

Dengan elemen-elemen ini, Cosmos adalah produk yang dibina dengan baik, yang dapat bersaing dalam pasaran blockchain sekarang ini. Sekiranya pasukan Cosmos memperolehi sokongan dApp pihak ketiga yang besar dan syarikat perusahaan yang lain, projek ini dapat membawa revolusi yang besar dalam dunia blockchain dan kripto.

Rujukan lanjut:

https://cosmos.network/

https://tendermint.com/

https://hub.cosmos.network/

https://www.coindesk.com/a-blockchain-to-connect-all-blockchains-cosmos-is-now-officially-live

https://cryptobriefing.com/what-is-cosmos-introduction-atom-token/

https://blockgeeks.com/guides/cosmos-blockchain-2/

https://medium.com/coinmonks/cosmos-tendermint-explained-for-real-idiots-ab4305cbb41

https://medium.com/@juliankoh/a-deep-look-into-cosmos-the-internet-of-blockchains-af3aa1a97a5b

Penulis: Krypto Kobra

Nak beli bitcoin? Jangan tertipu dengan scammer bitcoin! Biar faham dulu tentang bitcoin! Klik sini untuk belajar.