LG Membangun Telefon Pintar Matawang Kripto Sementara Samsung Melancarkan Satu Lagi
Menurut laporan oleh media tempatan Korea Selatan, IT Chosun, LG mula menyelidik tentang implementasi teknologi blockchain ke dalam telefon sebaik sahaja Samsung mengumumkan Galaxy S10. S10 mempunyai wallet matawang kripto yang dibina di dalamnya dan menyokong aplikasi desentralisasi.
Seorang pegawai industri mendakwa bahawa penyelidikan pasaran LG kini telah selesai dan ia berada dalam perbincangan dengan beberapa pembangun DApp. Malah pegawai itu mendakwa mempunyai pengetahuan tentang salah satu DApp yang akan dimasukkan ke dalam telefon yang masih belum diumumkan lagi.
LG telah memohon untuk mendapatkan hak rekacipta ke atas ‘ThinQ Wallet’ di kedua-dua Korea Selatan dan Amerika Syarikat, untuk berlawan dengan dengan ‘Blockchain Keystore’ Samsung.
LG nampaknya seringkali berada satu langkah di belakang Samsung apabila ia mengenai integrasi teknologi baru. Sumber dalam mencadangkan ini adalah kerana keinginan untuk membezakan penawarannya daripada pesaingnya. Contohnya, respon syarikat itu kepada telefon pintar yang boleh dilipat Samsung, adalah model dua skrin.
Pihak yang mengenali kumpulan LG menyatakan bahawa syarikat itu ‘sedang berusaha untuk implementasi teknologi blockchain kepada telefon pintar dengan perbezaan’. Sama ada LG telah mencapainya, ataupun sama ada ia sudah memutuskan untuk memasuki pasaran dengan penawaran standard masih belum diketahui.
Untuk pihak Samsung, ia baru-baru ini telah menaik taraf Galaxy S10 untuk menyokong lebih banyak matawang kripto, termasuk Bitcoin, Basic Attention Token, dan Binance Coin. Firma itu juga telah mengeluarkan versi edisi terhad Galaxy Note 10 dengan kerjasama Kakao, dipanggil KlaytnPhone. Ia akan mengandungi wallet KLAY dan beberapa aplikasi.
Seorang wakil Kakao berkata produk itu “direka bentuk untuk menjadikan ianya mudah untuk pengguna awam akses perkhidmatan blockchain.”
Sumber:
https://bitcoinist.com/lg-working-on-cryptocurrency-smartphone-as-samsung-release-another/
===
Jika anda mahu berdiskusi dan bertanya tentang bitcoin, matawang kripto (cryptocurrency) dan teknologi blockchain di Malaysia. Anda dijemput bersama-sama komuniti Bitcoin Malaya di FB dan @CoinDotMy di Telegram. Jangan lupa ikuti kami di Twitter dan Instagram!